Perempuan jangan jadi 'queen control' dalam hubungan, lelaki cepat jemu!

Setiap insan dilahirkan untuk saling mencintai namun mencintai tidak bermakna kita perlu menguasai perhubungan. Kita perlulah sedar bahawa setiap hubungan adalah untuk mengenali satu sama lain bukan sekadar menunjukkan kelebihan diri.


Berikut merupakan antara perkara yang perlu anda lakukan jika anda memiliki sifat queen control.


1. Kepercayaan


Setiap insan yang dalam perhubungan haruslah mempunyai sifat saling mempercayai. Hal ini kerana, perhubungan yang dibina tanpa kepercayaan akan menyebabkan timbulnya prasangka antara pasangan. Kesannya, hubungan akan terus hidup dalam keraguan dan pergaduhan kerana tiada kepercayaan.

 

2. Biarkan dia melakukan minatnya


Sebagai wanita, anda tidak seharusnya menghalang pasangan anda daripada melakukan aktiviti atau perkara yang disukainya. Perbuatan tersebut akan menyebabkan dia berasa terkongkong dan akan menimbulkan kebosanan pada dirinya. Selagi minatnya tidak membahayakan diri anda harus menyokongnya.

 


3. Menjadi diri sendiri


Apabila anda menjadi queen control, pasangan anda tidak akan menjadi dirinya sendiri. Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda termasuk dia akan mengubah kehendaknya kepada keinginan anda. Apa yang terjadi adalah, hubungan kalian akan berdiri diatas kepura-puraan semata. Lebih baik membiarkan pasangan anda menjadi dirinya sendiri agar anda dapat mengenal dirinya yang sebenar.


4. Bijak mengurus emosi


Wanita adalah insan yang mempunyai pelbagai emosi dan kadang sukar untuk mengawalnya. Namun, wanita haruslah bijak dalam mengawal emosi agar tidak tercetusnya masalah lain dalam perhubungan. Sekirannya berlaku hal yang tidak menyenangkan dengan orang lain, janganlah lepaskan kepada pasangan anda.

 


Kesimpulannya, cintailah pasangan anda dengan sepenuh hati kerana itulah kebahagiaan sebenar.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen