8 Perkara Wanita Bijak Tidak Akan Buat Pada Pasangannya.

Sesuatu perhubungan itu gagal disebabkan beberapa faktor. Satu kesalahan yang biasa dilakukan ialah apabila seorang lelaki atau wanita yang berada dalam perhubungan, percaya bahawa pasangan mereka berhutang sesuatu dengan mereka. Hubungan yang berjaya adalah berdasarkan saling mempercayai dan saling menghormati, termasuklah menghormati sempadan. Ini lapan perkara yang wanita bijak tidak akan tuntut daripada pasangannya.



1. Dia tidak akan meminta lelaki itu menjauhkan diri dari keluarga serta rakannya.

Seorang wanita yang bijak tidak akan masuk campur hubungan pasangannya bersama keluarga atau rakan-rakan. Orang yang disayangi lelaki itu adalah penting, maka wanita yang bijak tahu bahawa memisahkan mereka akan menyakiti lelaki itu.

2. Dia tidak akan meminta lelaki itu berputus asa dengan minatnya.

Tidak kisah apa saja minat lelaki tersebut, wanita bijak tidak akan pernah meminta lelaki berhenti daripada minatnya. Menjauhkan diri seseorang daripada minatnya dapat menjatuhkan semangatnya.



3. Dia tidak meminta lelaki itu untuk menjaganya.

Ada wanita mengharapkan pasangan mereka untuk menanggung segala perbelanjaan dan lakukan segalanya untuk mereka. Wanita bijak adalah seorang yang berdikari.

4. Dia tidak cuba untuk mengubah lelaki itu.

Wanita bijak akan membenarkan pasangannya menjadi dirinya sendiri. Dia sentiasa terima tabiatnya yang menjengkelkan dan aneh, dan tidak akan cuba untuk mengubah lelaki itu menjadi orang lain.

5. Dia tidak akan meminta lelaki itu mengendahkan wanita lain.

Cemburu adalah emosi biasa dalam manusia. Wanita bijak akan mempercayai pasangannya, dan yakin untuk tidak terus membuat konklusi atau mengamuk kerana wanita lain.



6. Dia tidak melepasi sempadan lelaki itu.

Wanita bijak tahu sempadan pasangannya dan menghormati sempadan itu dengan tidak melebihinya. Dia tidak akan melihat mesej atau emel lelaki itu tanpa pengetahuannya.

7. Dia tidak akan memaksa lelaki itu untuk berkongsi minatnya.

Wanita bijak tidak memaksa pasangannya untuk ikut dalam setiap perkara yang dilakukannya. Selain itu, dia tahu bahawa adalah tidak mustahil untuk tidak berkongsi minat dan masih mempunyai hubungan yang berjaya.

8. Dia tidak meminta semua waktu lelaki itu.

Wanita bijak tahu bahawa dirinya adalah bahagian yang penting dalam kehidupan pasangannya. Begitu juga dengan keluarga pasangannya, hobi, kawan-kawan, dan karier.Dia tahu mereka tidak perlu bersama 24/7 untuk mencipta hubungan yang bahagia.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen