Jangan Bebankan Bakal Suami Dengan Meminta Wang Hantaran Tinggi.

Tahukah anda bahawa wang hantaran perkahwinan itu adalah hak lelaki untuk beri berapa yang dia mampu sebagai hadiah dan bukannya hak perempuan atau keluarga perempuan nak tetapkan (seolah² paksa) berapa jumlahnya supaya lelaki berikan kepada mereka. Dan duit hantaran mahupun barang hantaran tidak wajib. Lain kedudukan dengan mas kahwin (mahar), ia adalah hak perempuan sepenuhnya dan sebaik-baik mahar ialah seperti yang dianjurkan Nabi. Mas kahwin adalah wajib walau sebentuk cincin besi.



Dan tahukah anda bahawa tanggungjawab membuat walimah sebelah pihak perempuan walau majlis kecil adalah tanggungjawab ayah perempuan (wali). Namun jika bakal suami bermurah hati untuk menaja atau kongsi, itu adalah lebih baik jika wali tidak mampu. Mudahkan perkahwinan, hayati kebahagiaan, moga diberkati.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen