Fyn Jamal Bukti Tak Semua Wanita Cari Lelaki Berharta Dan Ada Pangkat. Nak Tahu Kenapa? Baca Ni.

Untuk zaman yang semakin moden dan maju dengan taraf kehidupan yang semakin meningkat tinggi, secara tidak langsung, manusia akan mengharapkan sesuatu yang baik malah lebih baik muncul dalam kehidupan mereka. Bukan difokuskan hanya kepada kerjaya, gaya kehidupan dan sebagainya, namun, begitu juga dalam soal pemilihan pasangan.



Nak cari pasangan sudah semestinya untuk dibawa hingga ke jinjang pelamin, betul tak? Jadi, dari aspek kelayakan, kerja, pendapatan dan sebagainya memang harus dititikberatkan. Terutama wanita, ramai yang beranggapan kebanyakan wanita akan lebih memilih lelaki yang berharta, berilmu dan yang lebih penting seseorang yang ada pangkat. Betul ke semua wanita macam tu? Apa salahnya jika si lelaki lebih rendah taraf pekerjaannya daripada wanita? Adakah tanpa pangkat, harta dan taraf pekerjaan tidak menjamin kebahagiaan? Ataupun pangkat, harta dan taraf seseorang itu yang sebenarnya menjamin kebahagiaan untuk masa akan datang? Meh baca cerita Kokpin atau nama sebenar, Fynn Jamal berkongsi kisah dia dan suaminya sebelum mereka membuat keputusan untuk berkahwin.



Kali pertama aku tanya dia tentang kerjayanya, dengan laju dia jawab ''hantar makanan pergi rumah orang''.

.

Respon refleks aku:

Okay. Asal kije.
.
Dalam hati aku--boleh ke abah terima aku, seorang lecturer, berkahwin dengan seorang mat despatch untuk kedai keluarganya?
.
Ketika itu kami belum lagi berjumpa. Baru beberapa hari berkenal-kenal, wajah dia pun aku tak tahu macam mana--sempat je lagi untuk batalkan segalanya. Tapi entahlah. Jodoh kuat, barangkali--jadi.
.
Bagi aku, kalau ada alasan untuk tidak meneruskan jumpa--ia bukanlah kerana kerjayanya.

Aku tidak pernah ada masalah dengan jawatan. Abah aku sendiri bawa bas sekolah. Sambil bawa bas, dia jual jajan, aiskrim dan abc yang diparut sebelum memandu--diletak dalam bekas tahan sejuk--berniaga sambil memacu. Itu biasa. Aku sendiri berdiri di sebelah dia membantu transaksinya.
.
Apa sahaja asal boleh tambah rezeki.

Apa nak malu asalkan halal?

Bukan kita mencuri.
.
Itu abah selalu kata.
.



Entahlah agaknya aku memang suka lelaki kerja-kerja fizikal. Aku suka melihat sabar dalam penat seorang manusia. Macam abang-abang tukang kasut atau pak cik-pak cik berkebun sayur. Aku kagum dengan orang-orang rajin atas dunia. Sebab aku ini jenisnya perlahan, lekas penat dan kaki mencari jalan pintas.
.
Aku tak ada ketetapan hati untuk sabar.

Aku perlukan lelaki yang mampu didik aku jadi sabar.
.
Aku tak tahu kenapa aku menulis tentang suamiku yang mat delivery itu haha. Mungkin kerana melihat dua,tiga menjak ini dia kembali bertenggek atas motor mengusung atau susujuna ke sana ke mari buat aku rasa manis merindui dia yang aku setuju nikahi itu.

8 tahun sudah.



.
Aku nikahi dia dalam aku seorang pensyarah, dia seorang abang delivery. Aku yang berjaya, secara teori. Tapi lihat bagaimana allah aturkan. Aku hilang pekerjaan berbulan-bulan. Tidak bekerja, dan dengan apa adanya suamikulah aku makan. Dari gaji ribu-ribu tiba-tiba ambil order di kedai makan. Tak pernah langsung ketika aku buat assignment di universiti dulu aku bayangkan itu prospek kerjaya aku. Haha.
.
Begitulah ilusinya wang, harta dan kuasa. Betapa pantas taqdir boleh flip.
.
But wallahi I was happy. Maklumlah. Tak bercinta terus kahwin. Suami mat delivery, kita awek amik order. Bercinta kat kedai aje le. Kah!
.
Drama betul.

Suamiku abang despatch.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen