Jatuh Cinta Dengan Suami Orang Memang Bahagia Tapi Membuat Sengsara, Ini 10 Alasan Dilarang Bercinta Dengan Suami Orang.

Sila baca 10 alasan ini mengapa anda dilarang bercinta dengan suami orang :

1. Cinta yang penuh dengan kebohongan.

Cinta memang indah, tetapi dalam penuh kebohongan. Anda dan dia tidak akan pernah merasai cinta yang sebenarnya. Anda mungkin berasa bahagia keluar makan malam berdua dengannya, sambil minum kopi, tetapi percayalah, dia bertemu dengan anda dengan berbohong kepada isterinya. Demikian juga dengan anda, anda tidak akan pernah berasa bebas pergi keluar berdua dengannya, kerana takut diketahui bahawa anda keluar dengan suami orang. Anda akan sentiasa bermain sorok-sorok dan hidup dengan kebohongan jika bercinta dengan suami orang.



2. Suami yang beristeri tidak akan berani membuat sebarang komitment denganmu.

Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya pasti akan gembira dengan kehadiran anda apalagi lagi jika diberikan perhatian sepenuh hati yang mungkin tidak diperoleh daripada isterinya sendiri. Saat bersama anda mungkin dia akan dilihat seperti bahagia dan mengungkapkan segala-galanya kepadamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan anda. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta anda saja!

3. Sanggup menipu isterinya, sudah tentu sanggup juga menipu dirimu.

Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepadamu sikap sebenarnya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap anda apabila anda berdua menghadapi masalah dalam hubungan akan datang kelak.



4.Sudah jelas, hubungan cinta seperti ini berpotensi merosakkan kebahagiaan orang lain.

Jika anda berjaya berjaya memenangi hati sang lelaki, maka anda adalah penyebab utama mengapa rumah tangganya berakhir dan hancur. Anda sudah membuat sebuah perpisahan, perceraian dan juga trauma pada anak-anak lelaki yang anda cintai.

5. Dicop sebagai perempuan perosak rumah tangga orang.

Anda akan dianggap duri yang melukai rumah tangga orang lain. Apapun alasannya, bahkan walaupun yang menyukai anda adalah si sang lelaki dahulu, anda akan tetap di cop sebagai perempuan perosak rumah tangga orang lain. Bersediakah anda hidup dengan jolokan nama itu seumur hidup? Bahkan hingga jika anda memiliki anak, jolokan negatif itu akan terus sentiasa kekal.

6. Hubungan secara sulit ini akan membuat anda kehilangan keyakinan diri.

Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan anda kehilangan keyakinan diri kerana anda akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Anda tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas di mana-mana tempat Ini kerana anda akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat anda berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!



7. Bagaimanapun lelaki lebih diuntungkan.

Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih beruntung dalam hubungan ini. Dia bersamamu tetapi tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Bayangkan, anda tidak boleh menemaninya ke acara formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Anda hanyalah sebagai teman di kala ingin menemani kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja!

8. Anda menipu dirimu sendiri.

Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada anda tetapi masih tidak mahu mengakhiri hubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak mahu untuk membawa hubungan anda dan dia ke arah lebih serius dan sah disisi syarak.

9. Karma does exist, jangan hairan jika kamu yang akan ditinggalkan.

Akan ada masa dimana tanpa anda ketahui dia akan membanding-bandingkan kamu dengan pasangannya Jangan hairan jika kemudian hari anda yang akan ditinggalkan. Kerana memang lelaki seperti ini tidak akan pernah berasa bersyukur atau berasa beruntung mendapatkan anda. Pasti selalunya ada yang kurang, dan selalu orang lain yang akan disalahkan. Dan dalam hal ini, giliran anda pula yang akan disalahkan.

10. Dia menyukaimu kerana perasaannya, bukan kerana tujuan hidupnya.

Perasaan inilah yang membuat banyak orang menipu. Lelaki akan menaburkan janji-janji manis kepada wanita dan akan membuat wanita itu cair terhadapnya. Walaupun begitu, dalam hati kecil lelaki ini sebenarnya berkata bahawa anda dan pasangannya sama sahaja. Suatu hari nanti pasti ada juga konflik dan juga perbezaan pendapat. Ketika bersama anda, dia memang menyukai perasaannya itu tetapi tidak berhajat untuk menjadikan anda sebagi pasangan hidupnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen