Dagu lekuk pakar mengurat?

Mempunyai dagu berlekuk atau terbelah, dikatakan begitu istimewa berikutan tidak semua orang dilahirkan dengannya. Selain memberikan tarikan untuk rupa paras, lekukan pada dagu menyerlahkan simetri di mana seseorang tampak fotogenik. Ini memberi bonus untuk dilamar menjadi model kerana dek wajah sempurna. Bagi insan biasa, wajah fotogenik menjadi dambaan kerana membuatkan setiap gambar yang dimuat naik ke facebook kelihatan cantik dan persis gaya seorang model. Dagu berlekuk umpama pelaris untuk tampak lebih jelita atau kacak, selain membuatkan seseorang sentiasa awet muda di sebalik senyuman yang dilemparkan. Dalam pemahaman saintifik, simetri wajah dicapai apabila peratusan jarak dari dahi ke hidung, dari hidung ke bibir dan dari bibir ke dagu adalah 33 peratus iaitu sama banyak. Jika kurang atau lebih daripadanya, wajah menjadi tidak simetri dan kelihatan tidak sempurna.



Ramai orang India mempunyai dagu terbelah.

Bagi yang memiliki dagu terbelah, ada tampak ketara dan sesetengah lagi seakan tidak kelihatan. Ini bergantung kepada genetiknya sama ada gen tunggal atau disebabkan dua gen. Peratusan kecilan terhadap genetik menunjukkan, mitos itu kurang tepat berikutan ia hanya perantaraan pembentukan dagu seseorang. Realitinya, lekukan di dagu mempunyai pelbagai bentuk termasuk kelihatan menegak, bentuk Y dan bulat. Dalam satu jurnal penyelidikan Jerman yang dilakukan Gunther sekitar 1939 menunjukkan, lekukan dalam dan ada yang hampir tidak kelihatan berikutan ditutupi janggut. "Ini memperlihatkan lekukan samar di tengah-tengah dagu dan ada orang yang mempunyai lekukan jelas atau tampak seperti lubang kecil. "Ini membuatkan tidak semua orang yang mempunyai dagu terbelah jelas kelihatan dan hanya nampak sama dengan orang yang tiada genetik itu," katanya. Populasi masyarakat India yang mempunyai dagu terbelah antara empat hingga 71 peratus seperti yang diperoleh dalam penyelidikan Bhanu and Malhotra pada 1972. Malah kajian itu mendapati, kanak-kanak lelaki lebih ramai mempunyai dagu berlekuk tanpa mengira kumpulan umur mereka. Penyelidikan Gunther pada 1939 pula mencatatkan, 9.6 peratus lelaki Jerman mempunyai dagu berlekuk berbanding 4.5 peratus wanita dari negara sama.



Lebih mempesona.

Namun apakah sebenarnya dagu berlekuk? Adakah ia sama lesung pipit terjadi kerana disebabkan 'kecacatan' pada otot wajah, ramai begitu menginginkannya?

Ada yang berpendapat, lekukan pada dagu lebih mempesona jika empunya diri adalah wanita. Paras wajah wanita itu akan kelihatan memukau dan memberikan bonus untuk kelihatan menarik, jelita serta anggun. Bagi yang mempunyai kelebihan ini, kebiasaannya mereka lebih mudah diingati, berikutan tidak semua orang ada lekukan di dagu. Antara selebriti yang mempunyai lekukan pada dagu adalah Sandra Bullock, Russell Crowe, John Travolta, Jessica Simpson dan ramai lagi. Justeru, mereka yang mempunyai dagu lekuk tidak perlu segan kerana ia membuatkan seseorang bertambah cantik dan lebih mempesona berikutan tarikan yang tidak semua orang memilikinya.



Tidak boleh diwarisi.

Seperti lesung pipit, dagu berlekuk juga disebabkan genetik. Ini kerana otot mentalis gagal menutupi bahagian dagu dan meninggalkan lekukan. Berikutan dikatakan satu genetik, dagu berlekuk bukanlah sesuatu yang boleh diwarisi dari ibu bapa kepada anak kerana gen berkenaan menjadi dominan dan tidak resesif. Ini menjadikan, ada sesetengah anak mempunyai dagu berlekuk namun tidak dimiliki semua dalam sesuatu keluarga. Tidak dinafikan, individu berdagu lekuk kebiasaan menjadi seorang yang selalu mendapat perhatian, namun itu tidak memberi masalah kerana ada yang mentafsirkan, kebanyakan daripada mereka dalam kalangan kelakar dan membuatkan orang sekeliling terhibur. Dari segi personaliti pula orang mempunyai dagu berlekuk dikatakan, cenderung untuk suka mengurat dan memang 'pakar' dalam hal itu. Dikatakan juga, naluri seksual hebat dan menghiburkan. Dalam satu kajian personaliti lain, orang yang mempunyai dagu berlekuk dilihat lebih beremosi, mudah menangis tidak kira ketika gembira, sedih atau teruja. Mitos Jika sumbing dianggap cacat, sebaliknya lekukan dilihat sebagai satu kelebihan. Justeru, tidak hairanlah apabila seseorang itu sumbing, akan melakukan pembedahan untuk mengembalikan bentuk bibir asal kerana tidak mahu mencacatkan penampilan. Lekukan pada dagu boleh dilakukan sendiri tanpa pembedahan meskipun tidak terjadi sama seperti yang asli. Sedikit belahan pada dagu, dikatakan dapat menambahkan manis pada senyuman.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen