Lelaki Kahwin Lambat Jadi Punca Anak Otak Lembab.

Siapa yang tidak mahu memiliki anak bijak, semua ibu bapa mahu memiliki anak-anak yang bijak dan berjaya dalam hidup. Namun begitu, satu kajian telah dilakukan mendedahkan lelaki kahwin lambat punca anak kurang bijak. Tetapi, ramai lelaki kahwin lambat bukan kerana tidak mahu berkahwin tetapi masih tidak ada jodoh. Pasukan penyelidikan di Washington mendedahkan lelaki yang berkahwin lewat didapati akan mendapat anak yang lemah dari segi intelektual. Kromosom terdapat pada anak dari segi intelektual rendah kerana usia bapa yang lanjut. Perkara ini berlaku disebabkan oleh beberapa variasi nombor salinan atau ‘CNV’ merujuk kepada struktur beberapa keadaan menyebabkan kehilangan atau kesilapan susunan DNA dalam sel. Perkara itu boleh diwarisi atau berlaku secara tiba-tiba dan menjadi punca biasa penyakit.



Pasukan penyelidik melakukan analisis secara sistematik dan menemui banyak CNV dalam hampir 3500 orang yang hilang upaya intelektual antara 2006 dan 2010. Mereka mendapati, CNV yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak diwarisi membabitkan 227 orang yang bermakna keadaan itu wujud dua kali ganda daripada biasa sama seperti bagi mereka yang mempunyai autisme dan tiga kali ganda di kalangan mereka yang menghidap penyakit asma. Penyelidik turut membandingkan usia ibu bapa dalam dua kumpulan itu dengan mereka yang tidak mempunyai masalah hilang upaya intelektual. Anak-anak yang mempunyai autisme dan menghidap penyakit asma rata-rata usia bapa telah lanjut. Oleh itu, penyelidik menyimpulkan bahawa peningkatan CNV baru tidak hanya disebabkan oleh DNA lelaki tetapi usia bapa juga memainkan peranan. “Sebagai rumusan, data kami buat pertama kalinya meyakinkan bukti bahawa faktor CNV bapa paling besar menjadi faktor kepada kelemahan intelektual,” katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen