Isteri Boleh Ambil Duit Suami Tanpa Kebenaran.

Bolehkah isteri mengambil duit suami kerana keperluan tertentu dan suami hanya membeli barang keperluan dan kadang-kala bila suami tak ada, isteri tak ada duit untuk membeli keperluan makanan? Isteri boleh mengambil dari wang suaminya pada kadar yang perlu. Dalam satu hadis menceritakan tentang Hindun (Isteri Abu Sufyan) mengadu kepada Nabi tentang suaminya (Abu Sufyan) yang kedekut (tidak memberikan belanja yang cukupi untuk isteri dan anak-anak).



Nabi berkata kepada Hindun, “Kamu ambillah dari hartanya kadar yang mencukupi untuk kamu dan anak kamu mengikut kebiasaannya” (hadis riwayat al Jamaah) namun isteri tidak boleh menyedekahkan duit itu kepada masjid atau memberinya kepada golongan memerlukan kerana duit itu hanya boleh digunakan untuk keperluan dirinya dan anak-anak sahaja.



Hadis menunjukkan, isteri boleh mengambil daripada harta suaminya pada kadar yang perlu. Perlu menjadi kebiasaan suami untuk menyediakan bukan sahaja keperluan dari segi barangan tetapi dari segi kewangan yang mampu untuk keperluan isteri dan anak-anak khasnya bila suami tiada di rumah bertugas di luar atau sebagainya, inilah yang dipanggil duit kecemasan. Kadang kita tak jangka perkara-perkara seperti anak sakit, barang dapur habis dan sebagainya apabila suami tiada di rumah. Suami harus berfikir jauh untuk keselesaan isteri dan anak-anak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen