Ustaz, Saya Ingin Jadi Isteri Yang Baik, Bagaimana Caranya?

“Ustaz, saya ingin menjadi seorang isteri yang dapat membahagiakan suami dan hidup diredhai Allah. Saya ingin meminta pendapat, bagaimanakah cara terbaik bagi menambat hati suami dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia dan diberkati?”



Maka Ustaz Azhar Idrus ( Original ) memberikan perincian berikut sebagai jawapan kepada soalan di atas:

1. Sentiasa mencintai & menghormati keluarga suaminya seperti mana dia menghormati & menyayangi keluarganya sendiri.

2. Sentiasa menjaga aurat daripada pandangan yang bukan muhrimnya & pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

3. Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumahtangga mereka.

4. Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan & kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan dengan perintah agama.



5. Isteri sedia memberikan layanan & kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan & kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

6. Isteri yang sentiasa menjaga rahsia & maruah suaminya. Begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami.

7. Isteri perlu bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana & tidak membazir.

8. Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan & kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suaminya tidak mampu menunaikan.

9. Isteri yang sentiasa bersyukur & tenang, samaada menerima nikmat atau pun dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas & tanggungjawab sebagai isteri & ibu serta perintah Allah dengan tabah & sabar.

10. Berdiam diri sambil mendengar sewaktu suami bercakap.

11. Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batin suami sewaktu diperlukan.



12. Sentiasa menghias diri apabila di hadapan suami dan sebaliknya pula apabila ketiadaan suami.

13. Sentiasa mendahulukan keperluan suami daripada keperluannya sendiri.

14. Sentiasa bersikap malu kepada suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

15. Menemani suaminya ke muka pintu sewaktu hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman sewaktu suaminya pulang.

(Petikan dari buku “Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa”).

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen