6 Sebab Wanita Yang Berperangai Tidak Elok Pada Pandangan Orang Ramai Tetapi Terhindar Dari Musibah Perceraian. No. 6 Paling Penting!

Ya. Perceraian dalam sesebuah perkahwinan itu merupakan suatu musibah. Ini kerana ianya adalah perkara halal yang paling dimurkai oleh Allah s.w.t. Kehidupan perceraian sangat menyakitkan bagi mereka yang sedang dan pernah mengalaminya tidak mengira kaum wanita mahupun kaum lelaki. Tambahan pula jika perceraian itu turut melibatkan perebutan hak penjagaan anak.



Adakalanya kita bertemu dengan wanita yang elok sifatnya, bercakap baik, perkataan yang keluar dari mulutnya berhemah, seorang yang bergaya lagi berpersonaliti, namun disebalik itu, ternyata rupanya-rupanya dia memegang status 'janda'. Kita tertanya-tanya mengapakah perceraian berlaku kepadanya?

Kita bertemu pula dengan wanita yang sangat kontra sifatnya. Seorang yang bersih dan kemas tetapi tidak berpersonaliti baik. Perkataan percakapannya kasar, suka mengambil tahu perihal orang dan menjadi topik perbualan, bercakap dengan suara yang kuat dan ketawa mengilai-ngilai. Bagaimana cara dia berkomunikasi dengan orang ramai, seperti itu jugalah dia berkomunikasi dengan suami dan anak-anaknya. Namun rumahtangganya kekal dan sedar tidak sedar, usia perkahwinannya hampir menjangkau 30 tahun lamanya. Apakah rahsianya? Masakan si suami tidak pernah berasa jengkel walau sekali dengan sikap si isteri yang seperti ini? Jom, kita dedahkan!



1. Rajin memasak.

Orang kata, “kalau ingin memenangi dan menambat hati suami, haruslah bermula dari perutnya dahulu”. Sebenarnya makanan bukan sahaja menggembirakan suami tetapi kepada semua orang. Perasan tak? Jika surirumah keluar berbual dengan jiran, bila tiba masa suami pulang dari kerja atau anak-anak pulang dari sekolah, mereka cepat-cepat mohon balik, nak sediakan makanan. Begitu juga Isteri yang bekerja, bergegas balik ke rumah untuk memasak atau mereka beli sahaja di kedai dan hidangkan elok-elok kepada suami dan anak-anak mereka.

2. Menghormati suami .

Walaupun mereka bersifat cakap kasar, suara kuat, mengambil tahu perihal orang lain yang menjadi topik perbualan, dan gelak mengilai-ngilai, mereka sebenarnya patuh dan hormat pada suami mereka. Persediaan sarapan untuk suami sebelum kerja akan mereka sediakan biarpun hanya sekeping roti dan secawan kopi susu. Mereka patuh jika suami mengajak mereka tidur di rumah ibu dan ayah si suami dan mereka tidak menjatuhkan maruah suami mereka dihadapan adik beradik dan ipar duai.

3. Redha dengan taraf ekonomi suami.

Walaupun mereka bersifat cakap kasar, suara kuat, mengambil tahu perihal orang lain yang menjadi topik perbualan, dan gelak mengilai-ngilai, mereka tidak menyinggung perasaan suami dengan membandingkan-bandingkan suami mereka dengan suami orang lain. Sebagai Isteri, sudah pasti mereka juga inginkan rumah yang cantik, sofa yang cantik, dapur yang selesa dan banyak lagi. Semua ini pasti ada diceritakan kepada suami mereka namun mereka tidak terlalu mendesak, akur dengan pendapatan keluarga.



4. Bertanggungjawab menguruskan rumah tangga.

Sama seperti perwatakan dan mulut mereka yang ‘meriah’ itu, tugasan menguruskan rumah tangga amat cekap. Mereka sentiasa memastikan tiada kain yang tidak berbasuh, tiada kain yang berlonggok dibiarkan tidak berlipat, rumah dan halaman turut disapu kemas, tandas yang bersih dan sebagainya.

5. Ada keinginan belajar & mendalami ilmu agama.

Walaupun mereka bersifat cakap kasar, suara kuat, mengambil tahu perihal orang lain yang menjadi topik perbualan, dan gelak mengilai-ngilai, setelah tugasan sebagai suri rumah dan isteri selesai, sekiranya terdapat masa lapang, mereka juga suka mendengar ceramah-ceramah agama yang tersiar di Televisyen. Sekiranya ianya topik hangat dan menarik perhatian mereka, topik itulah juga yang menjadi perbualan antara mereka dan suami dan anak-anak.



6. Tidak meninggalkan solat.

Walaupun mereka bersifat cakap kasar, suara kuat, mengambil tahu perihal orang lain yang menjadi topik perbualan, dan gelak mengilai-ngilai, jangan pandang enteng kepada mereka. Ya, mereka bersolat! Mereka tidak meninggalkan solat. Mereka berdoa dan memohon hajat kepada Allah s.w.t. agar kehidupan mereka, suami dan anak-anak diberkati. Solat sangat penting. Apabila kita ditimpa masalah, bersolatlah, Insya-Allah, perasaan akan tenang dan kita dapat fokus dengan baik berkaitan penyelesaian masalah.

Jika semua wanita yang bergelar isteri dan ibu mempunyai 6 sikap rahsia ini, sudah tentu kes perceraian akan menjadi amat amat amat jarang didengari dan sekiranya terjadi, sudah tentu ada perkara yang sangat serius telah berlaku di dalam sesebuah rumahtangga itu sehingga menyebabkan rumahtangga tidak boleh diselamatkan lagi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen