Jadi Kaum Isteri Kena Pandai Cari Duit.

Di zaman ekonomi sekarang yang semakin merosot, isteri kena banyak tolong suami dari segi pencarian nafkah. Zaman dahulu yang kita tahu, suami akan keluar bekerja, isteri pula duduk di rumah jaga anak dan membuat kerja-kerja rumah. Tapi zaman ini kalau isteri tidak bekerja memang tidak cukup gaji suami nak bayar kereta, rumah, bil api dan air serta perbelanjaan harian. Boleh botak juga suami nak fikir itu. Sebab kenapa isteri harus pandai mencari duit:



1. Boleh beli barang yang diimpikan.

Isteri boleh beli barang yang diinginkan seperti alat solek, baju, tudung, kasut, beg tangan dan sebagainya. Kalau harapkan duit suami memang susah nak dapat. Hujung bulan minta suami duit pun mungkin dapat sedikit sahaja sebab dia kena bayar banyak benda.

2. Hal-hal kecemasan.

Kalau suami kemalangan atau sakit yang terlantar tak boleh bangun, sekurang-kurangnya kita ada duit nak tampung semua perbelanjaan. Jadi tak adalah kita terkontang-kanting fikirkan nasib kan.



3. Tolong suami bayar perbelanjaan rumah.

Kalau dapat suami gaji bawah RM2000, nak kena bayar rumah RM800, kereta RM400, belanja barang dapur RM500, duit belanja suami RM300, dan macam-macam lagi . Jadi di sini la peranan kita sebagai isteri untuk kurangkan beban suami. Kita bagilah dia peluang untuk simpan duit dan belanja barang yang diinginkan.

4. Bagi duit pada mak ayah.

Okey yang ini penting ye. Wahai kaum isteri ingat ye kalau kita sudah berkahwin, jangan lupakan mak ayah kita yang dah bersusah payah membesarkan kita. Bila kita kerja, sekurang-kurangnya kita dapat bagi mak ayah RM300 sebulan. Gembira sikit hati mereka. Kalau ada lebih tu, bagi lah banyak sikit ye.

5. Bayar hutang.

Hah yang mana pergi belajar sampai universiti atau kolej mesti ada buat pinjaman wang pada PTPTN, MARA, YAYASAN, dan sebagainya. Kalau nak tunggu suami bayarkan, rasanya kita boleh ‘blacklist’. Jadi bila kita kerja, kita boleh bayar setiap bulan dengan konsisten.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen