Jatuh cinta dengan gadis pekak bisu, pemuda ini usaha belajar bahasa isyarat

Oleh: Zuzu Yasmine

Pernah terbayang tak kalau jatuh cinta dengan seseorang yang kurang upaya. Boleh jadi perkara yang mustahil itu berlaku kepada sesiapa sahaja. Nak-nak lagi bila dah sayang tentunya segala yang kurang menjadi keistimewaanya.


Seperti pasangan kekasih dari Indonesia ini, yang saling melengkapi walaupun kekasihnya adalah orang kurang upaya.

Tidak seperti kekasih lain

Menerusi aplikasi TikTok, pemuda yang mahu dikenali sebagai @kasiralpa yang berkongsi pengalamannya bercinta dengan seorang gadis kurang upaya yang mempunyai masalah pendengaran dan juga bisu.


Uniknya, cara berhubung pasangan ini tidak seperti pasangan kekasih yang lain. Mereka tidak menggunakan panggilan telefon biasa tetapi sebaliknya menggunakan video call. Untuk memahami apa yang dikatakan oleh teman wanitanya, lelaki tersebut turut menggunakan bahasa isyarat sebagai cara berkomunikasi.

Masih belum menguasai sepenuhnya

Dia yang mengakui belum mahir sepenuhnya menyatakan bahawa kadang kala dia akan terpinga-pinga atau lambat faham akan isyarat yang disampaikan oleh kekasihnya itu.



Malah, menurutnya juga dia memilik seorang adik yang mempunyai masalah yang sama dan sesekali tidak memandang remeh akan kekurangan berkenaan.

Saling melengkapi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mereka memuji lelaki tersebut sebagai lelaki yang hebat malah kagum dengan usaha lelaki tersebut yang gigih berlajar isyarat untuk mudah berbual dengan kekasih hati.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen