Dua tahun berlalu nasib Adib belum terbela. Bapa luahkan rasa kecewa

Oleh: Zuzu Yasmine

Diam tak diam, sudah dua tahun tragedi hitam menimpa anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim yang meninggal dunia akibat rusuhan berhubung pemindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman.

Walaupun begitu, penjenayah masih lagi belum dibawa ke muka pengadilan dan mengundang kesedihan bagi keluarga Allahyarham.



Menerusi laporan Kosmo! Online, bapa Allahyarham iaitu Mohd. Kassim Abdul Hamid masih menaruh harapan tinggi agar kematian anaknya akan mendapat pembelaan satu hari nanti.

“Kerinduan dan kesedihan kami masih mendalam terhadap arwah. Bila rindu, hanya doa supaya kes ini segera menemui pe­ngakhiran dan penjenayah dibawa ke muka pengadilan.

“Walaupun sudah dua tahun berlalu kami masih mengharap dan akan terus mengharap,” kata bapa berusia 64 tahun itu.

Beliau yang turut meluahkan rasa kecewa apabila tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak terbabit berikutan keputusan inkues kes arwah anaknya sebelum ini.


Sekarang kami masih me­nunggu apa tindakan pihak polis walaupun Mahkamah Koroner putuskan kematian Muhammad Adib akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu tidak dikenali.

“Bukan itu sahaja mahkamah juga merumuskan kegagalan polis dan FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan) mengawal rusuhan juga menjadi faktor kepada kematiannya.

“Peguam kami sudah minta polis segerakan siasatan tetapi sehingga sekarang kami masih menunggu,” ujar pesawah dari Kampung Tebengau, Kuala Kedah itu.

Namun begitu, Mohd. Kassim masih tidak putus harapan dan terus berdia agar kematian Adib terbela selain menziarahi kubur setiap kali merindui anaknya itu.

Terdahulu, Allahyarham meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen