Bapa anak empat, maut dilanggar pemandu mabuk

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang operator kilang maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 4 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) awal pagi tadi.


Dipercayai lelaki berusia 41 tahun yang memandu kereta Mercedes Benz tersebut sedang mabuk menyebabkan kereta yang dipandunya hilang arah.

Arwah meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak yang masih kecil berusia 4 bulan.





Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi, kereta tersebut dalam perjalanan dari pekan Kajang menghala ke Plaza Tol Lekas.

“Sebaik tiba di lokasi, pemandu yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol itu melanggar dari arah belakang sebuah motosikal jenis Modenas dinaiki seorang lelaki berusia 37 tahun.

"Rempuhan itu menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian," katanya

Katanya, saksi yang melihat kejadian tersebut memaklumkan kereta itu dipandu laju dalam keadaan ‘zig zag’ selepas melepasi Plaza Tol Lekas sebelum merempuh motosikal mangsa



Ujian alkohol dilakukan terhadap pemandu tersebut dan mendapati kandungan alkohol melebihi paras dibenarkan.

"Soal siasat pemandu terbabit mengaku ada minum minuman keras sebelum kejadian," tambahnya.

Pemandu terbabit yang tidak mengalami sebarang kecederaan ditahan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen