Benteras jenayah alam sekitar, MB Selangor tawar ganjaran RM20,000

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagaikan acara bulanan di Selangor apabila berulang kali berdepan dengan masalah ketiadaan air di beberapa kawasan tertantu hingga mendatangkan kemarahan penduduk setempat.


Berikutan masalah tersebut, kerajaan Selangor menawarkan ganjaran berjumlah RM20,000 kepada mana-mana pihak yang menyalurkan maklumat mengenai jenayah alam sekitar di negeri itu.

Menurut laporan Sinar Harian, pemberian ganjaran berkenaan akan diberikan kepada penyalur maklumat sehingga pelaku jenayah berkenaan dapat dikenakan tindakan undang-undang.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ganjaran itu adalah bagi memastikan penglibatan orang awam dalam membanteras kegiatan jenayah alam sekitar di negeri itu.

"Maklumat berterusan dan berguna diperlukan, supaya pelaku jenayah alam sekitar dapat diberkas serta didakwa, sehingga disabitkan kesalahan di mahkamah.

“Kerajaan negeri telah merangka pelbagai strategi jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang, bagi meminimumkan kesan pencemaran sungai terhadap warga Selangor," katanya.

Katanya, sokongan dan penglibatan orang awam merupakan tanggungjawab bersama dalam memelihara sumber air di Selangor malah diharap mampu menggugat kegiatan jenayah tidak beretika itu.

Sebelum ini, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) turut menawarkan ganjaran sebanyak RM5,000 kepada mana-mana pihak yang menyalurkan maklumat serta bukti melibatkan pelaku pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

Malah, bagi memperkasakan pemantauan air mentah di Selangor, kerajaan negeri turut menggariskan beberapa langkah yang diambil bagi menangani perkara itu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen