Berang isteri berlaku curang, suami tikam kekasih hingga mati

Oleh: Zuzu Yasmine

Sudah tidak mampu menahan rasa geram yang terbuku, seorang lelaki bertindak membunuh kekasih isterinya di sebuah pusat karaoke di Utara Sumatera Selatan, Indonesia.

Pernah beri amaran

Menurut laporan SuaraSumsel, sebelum ini mereka sudah diberi amaran agar memutuskan hubungan tersebut namun tidak diendahkannya.


Bagi mengetahui gerak geri isterinya, lelaki tersebut telah memasang alat GPS pada motosikal. Pasangan tersebut kantoi apabila didapati sedang bermesra di pusat hiburan membuatkan lelaki tersebut menikam mangsa dengan enam tusukan.

Mangsa menerima tikaman di bahagian perut dan lengan serta telah memotong lehernya.

Kesal dengan tindakan isteri

Ketika siasatan dilakukan oleh pihak polis, lelaki berusia 34 tahun itu mengakui kesal kerana merasakan kehormatan sebagai suami telah hilang apabila isterinya bermain kayu tiga.

“Saya dah lama tahu pasal hubungan mereka. Sebab tu saya betul-betul tunggu masa untuk lakukannya. Yang diajak-ajak itukan isteri orang.

“Lebih baik saya habiskan nyawa dia, lagipun dia tak hormat langsung pada hubungan pernikahan yang sah. 6 bulan mereka curang,” luahnya.

Lelaki tersebut juga mengaku akan bertanggung jawab atas perbuatan yang telah dia lakukan.

Merayu meminta ampun

Kesal dengan kelakuan sendiri hingga membuatkan suaminya bertindak sedemikian rupa, si isteri seakan-akan memohon ampun kepada lelaki tersebut dengan bersujud pada kaki suaminya di atas lantai.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen