Niat nak halalkan lepas 6 bulan kerja offshore, lelaki redha kekasih berubah hati

Oleh: Zuzu Yasmine

Bercinta jarak jauh sememangnya banyak dugaan. Ramai yang sudah terkandas akan hubungan jarak jauh ini malah ada juga yang tak sanggup melaluinya. Namun kalau dah jodoh tentunya tidak ke mana.


Tidak bernasib baik dalam percintaan lelaki ini terpaksa terima dengan hati yang terbuka apabila kekasih hatinya memilih lelaki lain saat dia sedang berusaha menghalalkannya.

Sanggup sahut cabaran

Berkongsi kisah sedih tersebut di aplikasi TikTok, Muhamad Hanafi menyatakan bahawa dia ikhlas mencintai teman wanitanya. Malah, dirinya juga sanggup terima cabaran untuk berkerja di laut selama enam bulan di sebuah syarikat pelantar minyak.

Kekasih hati berubah


Semua itu dilakukan demi niatnya untuk menghalalkan teman wanitanya apabila dia pulang ke darat. Namun semuanya bagai tidak dihargai apabila teman wanitanya sudah berubah hati.

Lebih sedih lagi, hubungan yang sudah terjalin selama 5 tahun itu terputus di tengah jalan apabila teman wanitanya memilih pemuda lain.



Walaupun rasa kecewa, namun dia tetap mendoakan kebahagian mereka malah bersyukur pernah berkenalan dengan kekasihnya itu.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian yang rata-rata bersimpati akan nasib lelaki tersebut malah ada juga yang meminta agar move on dan mendoakan agar bertemu dengan pasangan yang lebih baik lagi.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen