Hajat nak rawat rindu, lelaki menangis bila 'throwback' kenangan bersama bekas kekasih

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila jalinkan hubungan dengan seseorang ni, tentunya niat nak mendirikan rumah tangga bersama dengannya. Tapi, sebagai manusia yang hanya mampu merancang selebihnya Yang Esa menentukan.


Selalu bila berlaku perpisahan dalam hubungan, orang akan kata lelaki lebih cepat move on berbanding wanita, malah lebih mudah bertemu pengganti. Tapi berlainan dengan jejaka ini yang dikatakan masih dalam fasa move on walaupun sudah lama berpisah dengan kekasih hati.

Lihat kenangan dengan bekas kekasih

Dikongsikan di aplikasi TikTok, jejaka bernama Shahir ini menunjukkan sebuah pendrive yang digunakan menyimpan segala kenangan bersama bekas kekasihnya. Ketika genap setahun perkenalan mereka berdua, dia yang mahu mengubat rasa rindu terhadap bekas kekasih nekad membuka isi peranti tersebut.


Dalam peranti tersebut, dilihat ada sebuah folder yang sememangnya khas menyimpan kenangan dirinya bersama wanita berkenaan yang tidak pernah dirinya padam. Shahir juga berkongsi beberapa foto dan video di dalam folder tersebut.



Tak sekuat seperti disangkakan

Dalam sedang merawat rindu di hati, tanpa sedar setiap foto dan video kenangan bersama wanita itu mendatangkan sebak pada dirinya. Dengan mata yang berkaca, dia masih tersenyum dan ketawa apabila melihat kenangan indah mereka bersama.

Dia yang berhenti melihat folder berkenaan selepas merasakan tidak sekuat seperti yang dia sangkakan. Meskipun masing-masing sudah membawa haluan sendiri, dia bersyukur kerana mereka masih lagi berhubungan antara satu sama lain.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bersimpati akan nasib jejaka ini, namun menasihati dirinya agar terus move on tanpa melihat kenangan lalu. Bukan itu sahaja ada juga yang berkongsi merasakan ini kali pertama berjumpa dengan lelaki yang susah nak move on.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen