“Beri kenangan tak ternilai...” - Instafamous bawa isteri naik belon panas sempena ulangtahun

Oleh: Zuzu Yasmine

Tak pernah tak berjaya kejutan yang dilakukan oleh usahawan Hafiz Mahamad terhadap isterinya Syafiqah Aina. Kalau sebelum ini beri kejutan hadiah smartphone yang terbaru tapi bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga kejutan diberi memang lain macam romantisnya.



Bersempena ulang tahun perkahwinannya, Hafiz terpaksa buat-buat lupa akan tarikh ‘anniversary’ mereka sehingga isterinya berusia 26 tahun itu merajuk.

“Takkan lah saya lupa, dia isteri saya yang saya sayang”

Namun begitu, usahawan berusia 27 tahun ini telah buat persiapan rapi sebelum membawa isterinya menaiki belon udara panas.



Hafiz berkata, isterinya terkejut kerana dia mengajaknya untuk pergi breakfast pada pukul 4.30 pagi malah, isterinya tidak menyangka kejutan tersebut dibuat pada waktu pagi yang sebelumnya sering berlaku waktu malam.

"Sekarang Aina, impian abang adalah nak angkat awak tinggi sebagai wanita. Isteri abang tak boleh kecewa, selagi abang masih bernafas & kudrat abang masih kuat. Abang akan “protect & jaga” awak,” tulisnya.


Tambahnya, dia lebih memilih untuk cipta kenangan yang tidak ternilai bersama isterinya berbanding membelikan hadiah buat isteri tercinta kerana tahu itu semua isterinya mampu memiliki sendiri.

“Abang tak ada beli hadiah. Abang tau awak mampu beli jika ia melibatkan “wang ringgit”. Tapi harini, Abang nak bagi awak 1 kenangan yang tidak boleh dibeli dengan nilai apa pun.

“Waktu abang buka mata awak diatas, abang nak awak nampak & rasa sesuatu. Kita naik keatas bersama & lihat pemandangan dari atas. Dalam waktu hati kita saling merindui, kita nampak impian kita di masa depan.

“Impian abang adalah AINAA, mengangkat darjat seorang wanita untuk berjaya dunia akhirat & pastikan orang disebalik nama awak tu mencapai “Kejayaan Demi Kebahagiaan",” kongsinya.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 24 November 2017 dan telah mempunyai seorang anak perempuan Raisya Arisa yang kini berusia setahun.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen