Akibat pandemik, dari 'pilot' kini jadi penjual buger tepi jalan

Oleh: Zuzu Yasmine

Wabak Covid-19 ini sememangnya sangat memberi kesan kepada semua orang. Bukan hanya sekadar bimbang terhadap kesihatan pada masa yang sama wabak ini juga turut memberi kesan terhadap sumber pendapatan.

Ada yang dipotong gaji malah ada juga yang telah diberhentikan kerja. Segelintir masyarakat kita sememangnya terjejas teruk akibat wabak pandemik ini.


Perkara itu juga dilalui lelaki ini yang memiliki kerjaya sebagai juruterbang. Beliau seorang yang berpengalaman dalam bidang penerbangan malah telah menceburi kerjaya ini sejak 2014 bersama Malaysia Airlines dan kemudian ditugaskan di Oman pada tahun 2018.

Tukar kerjaya kepada penjual buger

Menerusi perkongsian di Instagram, Senior First Officer Naeem Nassir menyatakan bahawa dulunya beliau mempunyai pendapatan yang selasa namun kini terpaksa bertukar kerjaya sebagai seorang penjual buger jalanan.


Berpengalaman hampir enam tahun dalam bidang penerbangan kini beliau diberhentikan kerja pada April lalu akibat kesan daripada wabak pandemik.

Asah kemahiran melalui Youtube

Menurutnya, Smashed terhasil selepas dirinya tidak mahu membuang masa dan terus bercadang memulakan perniagaan demi sesuap nasi. Beliau juga melatih kemahiran memasak buger hanya melalui Youtube dan racangan memasak di televisyen.

Dapat sokongan isteri tersayang

Bersyukur mendapat sokongan penuh dari isteri tercinta, Smashed telah ditubuhkan untuk menjual burger berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan kepada khalayak ramai.

“Teringat keenakan burger di Oman, mengambil keputusan untuk wujudkan Smashed dengan sokongan isteri tercinta.”

Lokasi gerai burgernya terletak bersebelahan masjid besar di Bukit Jelutong. Sesiapa yang berdekatan boleh cuba rasa keenakan buger tersebut.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata mengucapkan selamat maju jaya dalam bidang baru yang diceburinya malah mendoakan agar dipermudahkan urusan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen