Lamar gadis beza 16 tahun, lelaki beri set berlian dan rumah mewah sebagai hantaran

Oleh: Zuzu Yasmine

Demi mendapatkan wanita idaman, seorang lelaki sanggup memberikan hantaran mewah berupa wang tunai sebanyak RM87,000 berserta rumah mewah dan juga set berlian bernilai tiga bilion rupiah (kira-kira RM870,000).


Menurut laporan Harian Metro, Ajis Kalla yang lebih dikenali sebagai Haji Ambo, merupakan seorang ahli perniagaan dari Makassar telah melamar kekasih hati, Nadia Margareza, 29, pada Isnin lalu.

Lamaran telah dilakukan di Dusun Kambisa, Desa Baku-Baku, Luwu Utara, Indonesia.

Menurut saudara terdekat lelaki berusia 45 tahun itu, pasangan berkenaan telah menjalinkan hubungan setahun yang lalu dan membuat keputusan untuk melangsungkan perkahwinan selepas mendapat persetujuan ibu bapa Nadia.

"Mereka menjalin hubungan sejak setahun lalu. Namun, acara pernikahan hanya akan berlangsung pada 17 Disember nanti," katanya.

Dikatakan juga, lelaki berkenaan adalah seorang usahawan yang memiliki beberapa kafe terkemuka di Kota Makassar. Manakala wanita tersebut juga seorang usahawan yang memiliki butik di daerah sama.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen