Jumpa dua kali sebelum kahwin, wanita ini bahagia terima jodoh pilihan keluarga

Oleh: Zuzu Yasmine

Berkahwin dengan pilihan keluarga nampaknya bukanlah satu pilihan anak muda sekarang. Mereka lebih selesa jika memilih pasangan hidup mereka sendiri berbanding ditentukan oleh orang tua mereka.

Namun berlainan pula dengan wanita ini yang menerima baik pilihan calon suami dari ibu bapa yang dirasakan baik buatnya.


Wanita yang mahu dikenali sebagai Nur Najwa Hamali ini, berkongsi detik awal penikahannya malah mengimbas kembali pertemuan dengan suaminya.

Jodoh pilihan ibu bapa

Menerusi perkongsian TikTok, wanita ini melihat bakal suaminya adalah melalui gambar yang ditunjukkan oleh ibu bapanya sekitar November 2018. Tak lama selepas itu setelah mereka mengikat tali pertunangan.

Kali kedua berjumpa

Mereka selamat menjadi pasangan suami isteri pada Mac 2018, malah pertemuan tersebut merupakan pertemuan kali kedua bersama bakal suaminya.



Berkat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak, mereka ini bahagia menjalin cinta selepas bernikah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah malah berkongsi pengalaman yang sama, namun ada juga yang menyatakan tidak mampu seperti wanita tersebut kerana adalah masalah percaya akan lelaki.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen