"Tiada komen apa-apa dari saya" - Didakwa merogol, Da'i Syed tampil buat laporan polis

Oleh: Zuzu Yasmine

Kecoh di laman Twitter ketika ini berkenaan seorang bekas peserta program Da’i Pendakhwan Nusantara iaitu Da’i Syed yang didakwa telah membawa pulang serta turut merogol seorang gadis.


Pendedahan itu dilakukan oleh seorang pengguna laman tersebut yang menyatakan bahawa salah seorang rakannya telah dirogol oleh Da’i Syed ketika mengikuti pendakwah tersebut pulang ke rumah.

Buat laporan polis

Berikutan itu, Da’i Syed telah bertindak membuat laporan polis terhadap tuduhan tersebut malah dirinya juga tidak mahu memberi sebarang komen berkenaan perkara itu.

Berdasarkan laporan yang dibuat, Syed berada di Damansara Perdana ketika mengetahui akan pertuduhan yang dilemparkan kepadanya. Malah dalam laporan tersebut, dirinya turut menjelaskan bahawa tidak mengenali wanita serta rakan wanita itu.



Akan ambil tindakan

Menurutnya, perkara tersebut menjatuhkan reputasinya kerana pertuduhan yang dilakukan itu sangat berat dan tidak teragak-agak untuk ambil tindakan mahkamah sekiranya namanya tidak dibersihkan.

Perkara ini menjadi perbualan hangat malah, turut menjadi perbalahan sama akan kesahihan kisah ini.

Apa-apa pun, berani kerana benar takut kerana salah. Nantikan sahaja kesudahan kisah ini.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen