PLKN mungkin akan diperkenalkan semula

Oleh: Zuzu Yasmine

Seperti yang semua maklum Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dimansuhkan pada tahun 2018 lalu, namun kemungkinan akan diperkenalkan semula selepas dicadangkan kembali oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) di dalam Dewan Rakyat hari ini.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, program tersebut memberi kesan baik kepada pembentukan patriotisme remaja yang menyertai.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan mencadangkan supaya PLKN dilaksanakan semula. Ini selari dengan perintah menteri yang akan meletakkan Akta PLKN di bawah MINDEF. Kita akan sediakan memorandum Jemaah Menteri untuk diluluskan Kabinet



Katanya, Jabatan Perkhidmatan Awam menawarkan khidmat secara soft landing kepada bekas pegawai PLKN dan mereka akan ditempatkan di pelbagai agensi bagi tempoh setahun bermula 2019.

Dalam pada itu, Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) dalam ciapannya di Twitter berkata bahawa program PLKN merupakan program yang baik untuk generasi muda malah turut berterima kasih kepada Datuk Seri Ismail Sabri kerana mengumumkan cadangannya itu di dalam Dewan Rakyat hari ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen