Sudah berusaha sendiri, wanita buat IVF berjaya lahirkan kembar tiga secara normal

Oleh: Zuzu Yasmine

Setelah berusaha selama dua tahun untuk hamil secara semula jadi dan pernah mengalami keguguran, seorang wanita nekad melakukan rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) tahun lalu setelah menyedari tahap kesuburan wanita mula merosot selepas usia 35 tahun.


Hasil rawatan tersebut, Pengurus Jabatan Pusat Kecemerlangan Hospital Pakar Regency, Dr Siti Nurul Aishah Jamaludin, 34 dan pasangannya, Mohamad Iqbal Idris, 45, ikurniakan tiga bayi kembar iaitu Thoreeq Idris, Mateen Idris dan Hakeem Idris Mohamad Iqbal yang kini berusia empat bulan.

Bersalin secara normal

Menerusi laporan Berita Harian, beliau bersalin secara normal di di Hospital Pakar Regency dipercayai yang pertama di Johor sekali gus memberi kebahagiaan buat dirinya dan suami.

Menurut Dr Siti Nurul Aishah rawatan kesuburan adalah ikhtiar mereka untuk memiliki zuriat sendiri dan untuk itu mereka mendapatkan rawatan dengan Perunding Obstetrik dan Ginekologi hospital itu, Dr Thokha Muhammad.

"Segala-galanya berjalan dengan baik dan pada Januari lalu, saya dimaklumkan hamil kembar dua sekali gus menandakan ada perkembangan positif daripada rawatan dibuat.

"Namun, selepas imbasan kehamilan kedua, kami diberitahu yang saya sebenarnya hamil kembar tiga.

"Keadaan juga agak sukar kerana ketika itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan kami berjauhan daripada keluarga. Dengan keadaan sarat mengandungkan tiga bayi, saya sukar bergerak dan perut agak besar,” katanya.

 

Berat badan bertambah semasa hamil

Beliau yang telah membelanjakan kurang RM40,000 untuk rawatan berkenaan malah berat badannya juga bertambah daripada 63 kilogram (kg) kepada 93kg semasa proses kehamilannya.

 

Tambahnya, beliau menguruskan tiga orang anaknya bersama suaminya tanpa pembantu namun mengakui tidak terlalu susah untuk menjaga dan hanya perlu membiasakan diri kerana kini mempunyai tiga cahaya mata.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen