Mohon doa ramai, ibu bapa & adik bongsu Alif Satar pula disahkan positif Covid-19

Oleh: Zuzu Yasmine

Setelah Alif Satar, memaklumkan bahawa beliau disahkan positif Covid-19, malah kini sedang menjalani rawatan di hospital.

Rakan-rakan artis yang berkait rapat dengan beliau terut melakukan ujian saringan malam tadi terutama mereka yang terlibat dengan Separuh Akhir Muzik Muzik ke-35 (SFMM35).



Ibu bapa dan adik Alif positif

Menurut pengurus beliau, Adlina Abu Bakar memaklumkan kepada pihak Astro Gempak bahawa ibu bapa dan adik kepada Alif turut disahkan positif Covid-19 pada hari ini. Namun, dirinya pula disahkan negatif wabak tersebut.

“Alhamdulilah, saya bersyukur sangat apabila disahkan negatif Covid-19 oleh pihak hospital.”

“Pun begitu, saya masih perlu menjalani kuarantin selama 14 hari dan akan membuat saringan kedua pada hari ke 12.”

“Namun, saya bersimpati apabila mendapat tahu ibu bapa serta adik bongsu Alif yang telah disahkan positif sebentar tadi. Mereka kini dirawat di Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Sedang jalani rawatan, minta anak dan isteri negatif

Dalam pada itu, pengurus Alif turut menyatakan bahawa anak-anak dan isteri pengacara terbabit sudah menjalani ujian saringan pada hari ini dan akan diberitahu keputusannya secepat mungkin.

Setakat ini, Alif Satar tidak mengalami sebarang simptom ataupun komplilasi berhubung Covid-19 dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Melaka.

“Alif kini menjalani rawatan seperti biasa di hospital dan tidak menunjukkan apa-apa symptom atau sakit.”

“Cuma Alif meminta semua mendoakan agar isteri dan anak-anaknya dilindungi dari jangkitan virus tersebut dan mereka berada dalam keaadan sihat,” tambahnya.

Sedang tunggu keputusan

Berikutan itu, isteri kepada Alif Satar iaitu Shadila Hadid mengucapkan terima kasih terhadap mereka yang mendoakan serta memberi kata-kata semangat buat mereka sekeluarga.

Malah, kongsinya di Instagram miliknya, mereka sekeluarga sudah membuat swab test dan sedang menunggu keputusan. Mereka juga berharap agar semua pihak dapat mendoakan agar keputusan tersebut negatif.





 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen