Menantu Untuk Mak

Oleh: Bella Bahrin

Jadi anak sulung daripada 6 orang adik-beradik bukan sesuatu yang mudah. Aku kurang mengambil berat pasal diri aku sendiri dan aku akan dahulukan adik-adik aku. Walaupun perkara tu berkaitan dengan jodoh. Adik-beradik aku semua dah kahwin, tinggal aku je yang membujang lagi. Bila ada majlis kahwin, saudara mara aku mesti cakap macam ni,

“Ingatkan majlis Adam,”

“Eh, kenapa adik jalan dulu?”

“Adam tak ada calon lagi ke?”

Aku cuma mampu senyum dan malas nak jawab soalan-soalan mereka. Penat pun ada. Aku tak kisah pun kalau aku ni memang ditakdirkan tak kahwin. Antara sebab aku malas nak fikir fasal kahwin ni, aku nak jaga mak aku. Bila adik-beradik semua dah kahwin, mereka akan tinggal di rumah lain sebab ikut suami dan nak bina keluarga.  Aku tak sanggup  nak tinggalkan mak aku dan kalau aku kahwin pun, aku nak tinggal dengan mak. Zaman sekarang ni susah nak cari perempuan yang sanggup tinggal dengan mak mertua jadi, buat masa ni aku memilih untuk membujang.

Dulu aku adalah berkenalan dengan seorang perempuan ni, dia cantik dan manis orangnya. Nama dia Aina. Aina ni boleh lah dikatakan calon menantu idaman dan mak aku pun suka dia. Kami dah bercinta selama 2 tahun dan masa tu ekonomi aku dah stabil, jadi aku ambil keputusan untuk berkahwin dengan dia tapi dia kata dia nak bertunang dulu.  Aku ikut  sajalah kemahuan dia dan kami bertunang selama 3 bulan.  Pada awal pertunangan, hubungan kami semakin baik dan dia kerap datang ke rumah melawat mak tapi setelah masuk bulan kedua tempoh pertunangan, Aina berubah. Dia berubah bila aku kata,

“Lepas kahwin nanti, kita tinggal rumah mak saya.”

“Kenapa kita tak duduk rumah sendiri saja?” Tanya Aina

“Saya nak jaga mak. Mak tak boleh tinggal seorang, mak saya sakit. Takut nanti jadi apa-apa,” Jelasku.

Aina hanya diam tapi aku faham dari raut wajah dia, dia tak setuju dengan rancangan aku. Sejak dari tu, aku dan Aina dah jarang  berjumpa malah dia juga tak datang melawat mak. Tiba-tiba, aku dapat mesej daripada Aina. Dia nak putuskan pertunangan dengan alasan dia nak sambung belajar. Aku sebenarnya tak terkejut dengan keputusan dia, sebab aku tahu siapa saja yang nak tinggal dengan mak mertua lebih-lebih lagi bila dah berkahwin?

Disebabkan hubungan aku yang dulu, aku lebih selesa hidup membujang dan jaga mak. Biarlah orang nak kata yang penting aku bahagia tengok mak aku bahagia. Kadang tu, ada juga yang kata mak aku tak bagi aku kahwin sebab sayangkan aku sangat sampai takut nak lepaskan aku. Aku cuma buat pekak saja kata mereka. Hakikatnya, tu semua pilihan aku sendiri. Aku rasa, mak lagi mendesak aku kau kahwin adalah.

Setiap hujung minggu aku akan pergi pasar beli bahan mentah untuk masak. Aku pergi seorang je, sebab mak tak larat nak jalan.  Sampai di pasar, aku pun beli ayam dekat gerai yang biasa aku beli dan minta dia potongkan sekali. Sementara dia potong tu, aku pergi beli sayur dan barang-barang yang lain. Lepas 15 minit macam tu, aku pergi tempat beli ayam tu sekali lagi nak ambil ayam dan bayar. Aku pun letaklah ayam tadi tu dekat dalam troli.

Bila aku sampai je dekat parking kereta, aku rasa macam pelik. Kenapa barang aku banyak sangat. Aku rasa aku cuma beli sikit je tadi. Disebabkan aku curious dan nak pastikan betul ke barang aku, aku pun bukalah setiap plastik yang ada. Sah, aku salah ambil troli. Tiba-tiba, aku dengar seorang perempuan panggil aku dari belakang.

“Encik! Ni troli encik. Tu saya punya,” Ujarnya.

Mata aku terkebil-kebil melihat troli di depan aku. Aku pun tengoklah setiap plastik yang ada dalam troli tu. Betullah, ni troli aku.

“Saya minta maaf, ya. Saya tak perasan saya salah ambil troli.” Aku sebenarnya malu, tapi lebih baik meminta maaf daripada tinggalkan  macam tu.

“Tak apa, encik. Nasib baik, saya sempat kejar encik,” katanya.

Dia pun meminta diri dan aku pun masuk ke dalam kereta untuk pulang ke rumah. Tapi, tak tahu kenapa aku rasa macam berdebar bila tengok perempuan tadi. Aku tepuk dahi, sebab tak sempat tanya nama dia. Kalau tak… bolehlah stalk fb ke, ig ke.

Suatu hari, aku pergi pekan belikan mak aku ubat dekat farmasi dan bila aku nak bayar, aku terkejut tengok cashier tu. Aku tengok nametag dia, ‘ Sarah.’

“Semuanya 29.00 ringgit, encik.” Aku keluarkan 3 keping not 10 ringgit.

“Awak ni…yang kita jumpa dekat pasar hari tu, kan?” Aku memulakan pertanyaan.

“Ouh! Encik yang salah ambil troli tu, kan? Saya ingat dah!” Dia senyum sambil menghulurkan baki duit aku.

Aku pun tanyalah dia rehat pukul berapa dan dia kata yang dia dah masuk waktu rehat dha pun. Tanpa buang masa, aku ajak dia pergi makan dengan alasan sebagai tanda maaf aku untuk tempoh hari. Sarah setuju dan kami pun makanlah di kedai makan yang berdekatan.

Sejak pertemuan tu, hubungan aku dan sarah semakin rapat. Sebelum melangkah ke fasa yang lebih serius, aku ada tanya dekat Sarah dia setuju ke kalau lepas kahwin tinggal dengan mak mertua dan aku bersyukur bila Sarah bersetuju dan kami pun bernikah. Aku sedar bahawa jodoh adalah rahsia Tuhan. Cepat atau lambat tu semuanya untuk kebaikan kita sendiri. Mungkin, jodoh yang lambat tu lah sebenarnya yang terbaik. Cuma, kita je nak usaha atau sekadar menunggu.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen