Akan ada suara Neelofa sendiri, ini kelebihan aplikasi Islamik The Noor

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, usahawan dan pengacara terkenal Neelofa berkongsi berita gembira bahawa beliau bakal melancarkan sebuah aplikasi Islamik yang dikenali sebagai The Noor tidak lama lagi.


Teruja menanti aplikasi tersebut dilancarakan, Neelofa telah berkongsi sedikit gambaran awal berkenaan aplikasi tersebut di Instagram miliknya. Menerusi video berdurasi 31 saat itu, dapat dilihat gambaran awal aplikasi berkenaan.


Menjengah pula ke Instagram thenoor.app pula, aplikasi tersebut turut memuat naik beberapa kelebihan yang patut diketahui umum.



1. Tersedia lima pilihan bahasa

Dilengkapi dengan lima bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Tamil, Cina dan juga Indonesia. Malah untuk Bahasa Melayu terjemahnya bersuarakan Neelofa sendiri. Difahamkan akan ada lagi pilihan bahasa lain akan datang untuk aplikasi ini.

2. Bacaan audio dalam tiga mod yang berbeza

Aplikasi ini hadir dengan bacaan surah-surah daripada Al-Quran dan salah satu ciri utamanya ianya membolehkan anda memilih sendiri bacaan audio dalam tiga mod yang berbeza.

3. Arah kiblat dan lokasi masjid berdekatan

Disertakan juga fungsi kiblat dengan pengesanan senarai lokasi untuk anda mencari masjid atau surau terdekat di kawasan diinginkan. Paduan arah ke navigasi lokasi masjid atau surau itu boleh dicapai terus melalui Google Maps dan Waze.

4. Jadual waktu solat interaktif

Turut tersedia waktu solat yang lengkap dan interaktif. Malah ianya turut menunjukkan waktu Imsak, Syuruk dan Dhuha. Tidak dilupakan terdapat juga paparan tarikh Hijrah di jadual waktu solat berkenaan.

Melihat ke ruangan komen thenoor.app, rata-rata sudah tidak sabar menantikan pelancaran aplikasi ini yang sememangnya sangat berguna buat semua umat Islam di Malaysia terutamanya.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen