Tetap 'on duty', pasangan polis akad nikah dengan uniform rasmi

Oleh: Zuzu Yasmine

Tugas frontliners ketika ini sangat penting bagi mengawal penularan wabak Covid-19, ada yang terpaksa tangguhkan dahulu cuti kahwin demi utamakan tugas yang diberi.


Sempat menjalani majlis akad nikah walaupun dalam kesibukkan tugas, dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian ini telah mendapat perhatian ramai.

Akad nikah dengan baju seragam polis

Pasangan ini melangsungkan pernikahan dengan memakai baju seragam rasmi kerana masing-masing terpaksa bertugas.

Majlis pernikahan Konstabel Muhamad Adieadha Hamzah, 27, dan Konstabel Nor Edayu Mohamad Lakhin, 29, berlangsung pada 3.50 petang pada 20 November lalu di Pejabat Agama Islam Bagan Serai.

Menurut Nor Edayu, walaupun dalam kedua-duanya bertugas, majlis masih mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).


Masih teruja dan bangga


Dia dan suami tetap teruja serta bangga apabila dapat melangsungkan hari bahagia mereka dengan hanya berpakaian seragam polis yang menjadi kebanggaan selama ini.

"Sebenarnya tarikh ini dipilih dan ditetapkan oleh kedua-dua pihak, malah tempahan seperti pakaian, pelamin dan sebagainya sudah dibuat.

"Disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara, semua tempahan terpaksa dibatalkan tetapi majlis pernikahan kami dijalankan mengikut perancangan awal.

"Walaupun majlis berlangsung ringkas dan masing-masing dalam tugasan, namun kami tetap gembira dan teruja," katanya.

Nor Edayu yang bertugas di Bahagian Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam dan suaminya yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah dijangka akan melangsungkan majlis persandingan mereka pada Februari tahun hadapan sekiranya keadaan semasa (Covid-19) pulih.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen