"Syamsul Yusuf tetap syurga saya..." -Puteri Sarah

Oleh: Zuzu Yasmine

Pergolakkan rumah tangga pengarah dan pelakon filem Munafik, Syamsul Yusuf dan isterinya, Puteri Sarah Liyana sudah pasti telah diketahui umum.

Kedua-duanya telah mengeluarkan kenyataan sebelum ini malah tidak menidakkan masalah yang melanda rumah tangga mereka.


Sudah tidak tinggal sebumbung

Dalam kenyataan terbaru Puteri Sarah kepada Harian Metro, beliau mengakui sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung dengan suami yang juga pengarah terkenal tersebut.

"Dia (Syamsul) tahu sebab apa saya keluar rumah dan dia juga tahu sebab apa saya 'dingin',” katanya.

Wujud masalah dalam rumah tangga

Menurut Puteri Sarah, tiada sebab untuk dia berbuat sedemikian sekiranya 'masalah' yang paling ditakuti dalam perhubungan rumah tangga tidak berlaku. Namun, beliau enggan berkongsi lebih lanjut akan masalah yang dimaksudkan itu.

"Apabila keluar cerita sebegini, saya percaya ada pihak lain yang suka.

"Dalam perkara ini, saya tidak mahu dianggap punca terhadap apa yang berlaku sekarang. Tentu saja sebagai lelaki, suami dan ketua rumah tangga dia perlu bertanggungjawab di atas semuanya. Itu yang saya harapkan," ujarnya.

Puteri Sarah yang enggan mengulas lanjut berkenaan kisah curang atau orang ketiga, cukup hanya menyatakan bahawa masalah wujud dalam rumah tangga mereka.


Ditanya lagi sama ada 'masalah' itu membabitkan orang ketiga, ini jawab Sarah.

"Soalan ini kena tanya pada dia," katanya.

Masih sayang rumah tangga

Walau apa pun yang terjadi sekarang dan selepas ini, Puteri Sarah mengakui dia masih menyayangi perkahwinan mereka yang sudah dibina sejak enam tahun lalu.

"Tiada siapa mahukan masalah dan perpisahan. Saya tetap berdiri di belakang dan menyayangi dirinya sebab dia adalah syurga saya," ujarnya.

Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, setahun lapan bulan.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen