Alif Satar positif COVID-19, mohon maaf atas kesulitan

Oleh: Zuzu Yasmine

Mengejutkan semua pihak, apabila Alif Satar, 30, memaklumkan bahawa dririnya disahkan positif wabak Covid-19.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri melalui akaun Instagram miliknya bersama gambar keadaan semasa yang kini sedang dirawat di hospital.


Berdasarkan perkongsiannya, Alif menyatakan bahawa dia sudah beberapa kali menjalani ujian saringan, namun ujian yang terakhir dilakukan itu mendapati dirinya positif wabak tersebut.

Beri nama kontak rapat pada KKM

Bagi mengelakkan wabak tersebut terus menular, artis serba boleh telah memberi nama kontak rapat yang berhubungan dengannya sepanjang tempoh 14 hari sebelum ini kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Perkara pertama bila Alif dapat tahu keputusan ini adalah semestinya tahap keselamatan keluarga.. isteri dan anak-anak alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestingya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan alif. Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM” –Katanya.

Mohon maaf atas kesulitan

Dalam perkongsiannya juga, Alif memohon maaf atas kesulitan yang berlaku serta berdoa agar semua pihak terhindar daripada Covid-19 ini.

“…dan Alif mohon maaf atas segala kesulitan ini, dan Alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt. Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan… p/s alif sekarang menjalani proses kuarintin,” ujarnya.

Terdahulu, Alif tampil mendendangkan lagu I Want You To Love Me pada Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35.

Berikutan berita mengejutkan dari pengacara ini, SFMM35 yang masih berbaki satu hari lagi terpaksa ditunda kepada tarikh yang akan diberitahu kelak.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen