Tak mahu bahagia sendiri, Irwansyah dan isteri taja pasangan buat IVF

Oleh: Zuzu Yasmine

Teruja menanti kelahiran anak pertama, pasangan selebriti Indonesia Irwansyah dan Zaskia Sungkar telah meluahkan hasrat untuk membantu pasangan yang sedang berusaha mendapatkan zuriat.


Perkara tersebut telah dikongsikan melalui Instagram milik Irwansyah berkenaan program ‘bayi tabung bersama Syahki’ dengan kerja sama Klinik Morula Jakarta dan Bandung.

Bagi menjayakan program tersebut, pihaknya mencari dua pasangan untuk menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).

Menurut Irwansyah, dia mahu berkongsi kebahagiaan dan berharap program seperti ini akan membantu mereka yang betul-betul memerlukan.

“Keinginan kami untuk sama-sama berkongsi kebahagiaan dengan membantu pasangan memperoleh anak. Kami berharap program ini memberi manfaat kepada mereka yang benar-benar berkeinginan mempunyai zuriat…”

Zaskia Sungkar juga menyatakan bahawa dia mahu berkongsi nikmat bahagia memiliki cahaya mata dengan mereka yang sedang berusaha memiliki zuriat sendiri.

“Kami tidak mahu bahagia sendiri, semoga bayi tabung bersama Syahki ini, kami dapat membantu cita-cita calon ibu dan bapa mendapatkan anak secara IVF dan ia percuma..."

Jelas Zaksia, pasangan tersebut perlu memenuhi syarat dan kriteria dimana tidak melebihi 33 tahun, belum memiliki zuriat dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Terdahulu, September lalu, penantian cahaya mata pasangan ini selama 10 tahun berakhir apabila Zaskia disahkan hamil selepas menjalani rawatan IVF. Usia kandungannya kini memasuki bulan kelima. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 Janurai 2011.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen