"Jaga diri semua..." - Anak sebak baca nota terakhir ayah sebelum 'pergi' akibat Covid-19

Oleh: Zuzu Yasmine

Penularan wabak Covid-19 ini bukan perkara yang main-main, walaupun tidak dapat dilihat melalui mata kasar, namun kes kematian yang meningkat hendaklah membuka mata semua pihak.

Apabila berlaku kematian yang pada ketika ini, segalanya akan diuruskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala ahli keluarga yang lain hanya mampu melihat dari jauh sahaja.


Perkara ini dilalui oleh wanita ini apabila bapanya menjadi mangsa korban wabak ini. Menerusi perkongsian Facebook Fika Maira, bapanya telah menghembuskan nafas pada 18 November yang lalu. Dia yang meluahkan rasa syukur kerana segala dipermudahkan walaupun dapat melihat dari jauh sahaja.


Apa yang menyentuh hati adalah nota terakhir yang ditinggalkan bapanya sebelum ditidurkan pada isnin lalu telah mengundang sebak ramai pihak.

“Tolong dia & terus solat hajat, abah minta maaf”

“Jaga diri semua”

Dikesempatan itu juga, Fika memberitahu jika bapanya berhutang dengan sesiapa minta untuk terus berjumpa dengannya. Selain turut meminta mendoakan keluarganya yang ketika ini masih dirawat di hospital Ipoh.



Akhir sekali, dia juga menjelaskan bahawa dia bukan punca keluarga mereka dijangkiti seperti yang tersebar di group Whatsapp.

Diharapkan, keluarga ini terus kuat menempuh ujian yang menimpa dan semoga arwah di tempatkan bersama-sama orang beriman.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen