Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Johor, Melaka, Kedah dan Terengganu ditamatkan esok, lebih awal berbanding 6 Disember depan seperti diumumkan sebelum ini.
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), beberapa daerah seperti Kulim di Kedah, Kota Tinggi dan Mersing di Johor masih dikenakan PKPB.
"PKPB ditamatkan selepas penilaian risiko dibuat oleh Kementerian Kesihatan yang menunjukkan trend penurunan kes positif dan keadaan terkawal," katanya.
Kelantan pula dikenakan PKPB
Namun begitu, PKPB akan dilaksanakan di Kelantan mulai esok hingga 6 Disember ini.
Ismail Sabri berkata, PKPB itu dilaksana bagi membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) melaksana saringan secara bersasar dan mengurangkan pergerakan dalam kalangan komuniti di seluruh negeri itu.
"Justeru, negeri berkenaan perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) PKPB termasuk larangan untuk rentas negeri," ujarnya.
Tinggalkan Komen