Umur 22 tahun Instafamous ini berjaya beli rumah nilai RM1.3 juta

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa yang tidak kenal dengan usahawan muda dan Instafamous, Asyallie Ahmad yang juga merupakan pengasas produk kosmetik. Sentiasa memberi inspirasi kepada ramai anak muda dalam setiap kejayaan yang dikongsinya di media sosial.


House tour rumah bernilai RM1.3juta

Atas pemintaan ramai, Asyallie telah membawa peminatnya melihat sekeliling rumah kedua miliknya yang dibeli pada usia 22 tahun. Rumah tersebut berharga RM1.3juta, terletak di Semenyih.

Menerusi channel Youtube miliknya, rumah tersebut masih lagi belum diubah suai kerana baru sahaja memperolehi kunci. Namun, beliau telah membuat perancangan untuk renovate rumah tersebut awal tahun hadapan kerana ingin berpantang di rumah barunya.

Nak pantang dekat rumah baru

Beliau yang kini sedang hamil anak ketiga juga menyatakan beberapa sebab mengapa dirinya memilih rumah di kawasan tersebut. Antaranya disebabkan pemandangan yang cantik juga keselamatan yang terjamin.

Dalam house tour yang dilakukan, Asyallie juga dilihat teruja berkongsi keluasan rumahnya dengan peminatnya. Beliau telah memilih rumah ‘end lot’ yang memiliki 4 bilik tidur serta 4 bilik air.

Bahkan dirinya juga telah berkongsi beberapa idea untuk menghias rumah tersebut, namun akan mendapatkan khidmat pakar agar rumahnya kelihatan lebih cantik.

Alhamdulillah rezeki anak-anak

Diakhir rakaman tersebut, Asyallie meluahkan rasa syukurnya kerana diberikan rezeki malah menyatakan bahawa ini semua merupakan rezeki buat anak-anaknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya teruja melihat rumah tersebut malah turut berharap akan berjaya seperti Asyallie dan memiliki rumah idaman. Selain itu ada juga yang tidak sabar menanti rumah tersebut siap diubah suai.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen