"Sweetnya..." - Anak beli cincin emas guna duit simpanan hargai pergorbanan ibu

Terharu melihat tindakan anak kecil yang berusia 6 tahun bernama Afiq ini yang menghargai penat lelah ibunya dengan menghadiahkan sebentuk cincin emas.


Dikongsikan oleh ibunya sendiri di laman Facebook, Sumarnie Edison tidak menyangka anak lelaki itu akan menggunakan wang yang disimpan untuk membeli hadiah buat dirinya.

Pernah bergurau nak beli cincin

Menurut Sumarnie, anaknya itu pernah berseloroh ingin membelikan dirinya sebentuk cincin malah tak sangka anaknya itu serius akan perkara itu.


Berkongsi semula detik itu, Sumarine menyatakan bahawa Afiq dan suaminya ke kedai gunting rambut sebelum anaknya itu ternampak kedai emas yang tidak jauh dari situ.

Bersungguh-sungguh ingin membelikan ibunya sebentuk cincin, Afiq rela menghabiskan wang simpanan yang diperolehi semasa ulang tahun kelahirannya.

“Duit hadiah masa birthday dia, dia simpan.. Tadi bapa dia bawa dia sama abagnya pergi gunting rambut. Depan tu ada kedai emas terus dia bawa bapa dia cakap tu kedai emas pak.

“Habis terus duit hari jadi RM5 dia tu… Mummy terharu dan bangga dengan kamu Afiq,” luahnya.

Berdasarkan perbualan WhatsApp yang bersama suaminya yang dikongsikan, cincin yang dibeli itu bernilai RM260, malah suaminya turut membayar RM70 bagi membantu anaknya membeli cincin tersebut.

Dalam perkongsian yang lain, Afiq begitu teruja menghulurkan cincin tersebut ketika ibunya baru pulang dari kerja.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata mendoakan Afiq agar terus menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa, selain turut terharu dengan tindakan anak kecil itu.


Artikel Lain

Tinggalkan Komen