Hanya untung 50 sen sehari, pemuda tanpa tangan tak pernah kenal erti putus asa

Oleh: Zuzu Yasmine

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih itulah yang boleh dikatakan selepas melihat pemuda ini yang gigih menjual nasi lemak di pinggir kota walaupun keuntungan tidaklah begitu banyak.

Dilahirkan tanpa tangan, kecekalan pemuda ini patut dipuji apabila tidak pernah putus asa walaupun perniagaan nasi lemaknya hanya mendatangkan keuntungan 50 sen sebungkus dan paling banyak RM5 walaupun berniaga dari pagi sehingga tengah hari.


Tular baru-baru ini, kesungguhan Mohamad Nor Abdullah, 28, mencari rezeki berniaga nasi lemak yang diberi nama Nasi Lemak Bujang Dekk's Mat telah mendapat perhatian ramai.

Mendapat nama gerai berilhamkan Nasi Lemak Janda yang pernah tular, dia telah berniaga sejak Julai lalu, dengan membuka gerai pada 7 pagi hingga 11 pagi di Amber Busssines Plaza Cheras sambil dibantu sahabatnya, Tengku Mahadir Tengku Mamat, 40.

Menurutnya, walaupun orang kurang upaya (OKU) dia tidak mahu mengharapkan bantuan malah tekad untuk memiliki perniagaan sendiri.

"Saya tidak mahu mengharapkan elaun bulanan yang diterima sebanyak RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) saja.

"Walaupun orang kurang upaya (OKU), saya nekad mahu berniaga untuk cari pendapatan tambahan dan mendaftarkan perniagaan ini di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)," katanya.

Katanya, nasi lemak yang dijual itu dibeli daripada seorang kenalan di Bukit Jalil dengan harga RM1 sebungkus dan menjualnya semula dengan RM1.50.

Jelasnya, rakan-rakannya banyak menghulurkan bantuan malah sebelum ini dia mengambil upah menjaga kedai bundle rakan dan menjual baju secara online.

"Abang dan rakan-rakan sebilik banyak tolong dan beri sokongan pada saya untuk berniaga. Sebelum ini, saya mengambil upah menjaga kedai bundle rakan dan menjual baju secara dalam talian.

"Menerusi hasil jualan nasi lemak ini dapatlah saya membantu orang yang lebih memerlukan dan memberi sumbangan kepada anak yatim," ujarnya.


Tambahnya, sebelum ini nak jual 20 bungkus pun agak sukar namun kini dia bersyukur mendapat tempahan yang agak banyak.

"Sebelum ini, saya hanya beli 20 bungkus untuk dijual tetapi hanya 10 bungkus saja terjual selepas lima jam menunggu.

"Alhamdulillah, hari ini saja saya dapat jual 170 bungkus dan esok pulak dapat tempahan sehingga 550 bungkus," katanya yang tinggal di lokasi sekitar Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Cheras.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen