"Tenanglah anakanda di sana..." - Remaja terlibat kemalangan maut selepas tiga hari jadi 'rider'

Oleh: Zuzu Yasmine

Cabaran menjadi seorang rider ini sememangnya sudah diketahui umum. Hujan panas terpaksa diredah itu perkara biasa, malah ada juga yang pertaruhkan keselamatan diri mereka.


Sering kali dilihat rider-rider ini terlibat dengan kemalangan, bukan kerana kesilapan sendiri tetapi kecuaian orang lain yang tidak berhati-hati di jalan raya.

Tiga hari jadi rider

Menimpa nasib yang sama, apabila anak saudaranya dikatakan terlibat dengan kemalangan motosikal dan lori panjang hingga meragut nyawa.

Menerusi perkongsian Nor Asmah Misran, anak saudaranya, Irham Haniff baru menjadi seorang rider tiga hari lalu dan tidak menyangka perkerjaan tersebut meragut nyawanya.

Arwah dikatakan terlibat dalam kemalangan semasa ingin menghantar pesanan pelanggan dari sebuah kedai kek selepas mendapat pesanan.



Anak yang baik dan mendiri

Remaja berusia 18 tahun itu disifatkan sebagai seorang yang baik kerana gigih mencari pendapatan sendiri kerana tidak mahu menyusahkan ibu bapanya.

Turut terkesan juga adalah bekas guru-guru arwah yang menyatakan bahawa arwah seorang pelajar yang baik serta berhati mulia dan mendiri.

Diharapkan , keluarga arwah kuat berdepan dengan ujian ini dan semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang beriman. Al-Fatihah.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen