Buat ujian HIV secara 'online', guna aplikasi MySejahtera je

Oleh: Zuzu Yasmine

Berikutan penularan wabak Covid-19 yang membimbang orang ramai, malah pergerakkan pada ketika ini pun agak terbatas, bukan sahaja kerana Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB), namun beberapa tempat yang sememangnya tidak boleh pergi tanpa melakukan temu janji terlebih dahulu.

Terutama klinik-klinik yang sememangnya digalakkan untuk membuat temu janji terlebih dahulu jika perkara tersebut tidak melibatkan kecemasan.


Buat bakal pengantin yang bakal mendirikan rumah tangga, tentunya perlu melakukan ujian saringan HIV pra-perkahwinan sebelum menguruskan hal yang lain pula. Walau bagaimanapun, proses membuat temu janji kadang kala agak rumit dan mengelirukan.

Pastinya, ramai yang tidak tahu dengan hanya menggunakan aplikasi MySejahtera, anda boleh membuat temu janji secara atas talian sahaja.

Seperti capaian Twitter milik Rosie, yang berkongsi cara mudah membuat temu janji berdasarkan aplikasi tersebut.



Pastikan ada aplikasi MySehjahtera


Pilih ‘Digital Healthcare’ seterusnya ‘Clinic Appointment Booking’



Tekan Encoremed dan pilih klinik kesihatan terdekat

Tekan 'Pre Martial HIV screening'



Jangan lupa pilih tarikh dan tekan ‘next step’

Dah masuk semua details boleh tekan ‘save’

Pastikan semua dah betul baru confirm

Langkah terakhir, tunggu SMS ataupun emel daripada klinik kesihatan 



Mudah rupanya buat temu janji menggunakan aplikasi ini. Lepas ini tak payah pening-pening lagi dah. Semoga bermanfaat.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen