Gadis 13 tahun dipaksa kahwin dengan lelaki layak digelar bapa

Oleh: Zuzu Yasmine

Nasib malang menimpa seorang gadis berusia 13 tahun apabila terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang layak digelar bapa di Filipina.

Malah terpaksa menjaga pula anak lelaki tersebut yang sebaya dengan usianya.


Menurut laporan Daily Mirror, gadis tersebut dikatakan dipaksa berkahwin dengan seorang petani Abdulrzak Ampatuan, 48, di sebuah bandar di Mamasapano.

Berdasarkan gambar yang tular di media sosial, majlis perkahwinan pasangan itu telah berlangsung di Maguindanao, 22 Oktober lalu.

Difahamkan, pengantin remaja itu sah menjadi isteri kelima petani itu dalam upacara perkahwinan Islam.

Tiada riak sesal sedikit pun kerana berkahwin dengan gadis sebaya anaknya, Abdulrzak juga mendakwa merancang memiliki anak bersama isteri baharunya ketika usia remaja itu mencecah 20 tahun.

"Saya sangat gembira menemuinya dan dapat menghabiskan hari saya bersamanya.

"Dia akan menjaga anak saya," katanya.

Abdulrzak berkata, dia akan menghantar isterinya itu belajar, sementara mereka belum bersedia memiliki anak.

Untuk makluman, Sesetengah tempat di Filipina terutama wilayah majoriti Muslim di Mindanao, membenarkan perkahwinan individu di bawah umur, asalkan dia sudah mencapai usia akil baligh.

Sementara itu, data Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) menunjukkan Filipina pada kedudukan ke-12 negara dengan jumlah pengantin kanak-kanak atau remaja iaitu 726,000 orang.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen