Dia Takdir Jodohku

Oleh: Bella Bahrin

Salam, nama aku Raihana. Anak bongsu daripada 4 orang adik beradik. Aku ada seorang kakak serta 2 orang abang, mereka bertiga telah berkahwin dan masing-masing telah memiliki cahaya mata. Aku seorang sahaja yang masih bujang dan memiliki anak kucing sebagai teman.

Pada awalnya, aku memang merancang untuk hidup bujang selama-lamanya setelah dikecewakan oleh bekas kekasih aku. Tapi, mak aku kata dia tak nak anak dia jadi anak dara tua dan di usia 30 ni mak aku nak aku ada calon suami. Aku cuma mampu diamkan diri tanpa memberikan sebarang reaksi. Aku masih belum sembuh daripada hubungan percintaan aku yang dulu walaupun telah setahun berlalu.

Aku selalu juga terfikir tentang ingin dimiliki seseorang dan dicintai namun bila teringatkan bekas kekasih aku, sedikit sebanyak angan-angan aku kian luntur. Baru aku sedar betapa susahnya nak move on dari seseorang tu dan buat masa sekarang aku masih belum bersedia untuk membuka pintu hati aku. Namun, ketika aku tidak lagi bersedia menerima seseorang tiba-tiba aku dikejutkan dengan sebuah berita yang mengoyahkan pendirian ku.

Setelah pulang daripada kerja, aku menerima panggilan telefon daripada mak. Dalam keadaan penat, aku sambut panggilan tersebut. Suara Mak kedengaran ceria dan aku pun bertanya kepada mak apa yang berlaku. Entah kenapa, jauh disudut hati aku dapat rasakan sesuatu yang aneh telah terjadi. Mak jarang menelefon kecuali jika beliau meminta ku memesan set pinggan mangkuk di Shopee. Akhirnya, mak yang masih berada di talian mengatakan sesuatu yang membuatkan aku terkedu. Kata  mak,

 “Raihana, tadi ada orang datang meminang kamu! Seronoknya hati Mak bila dengar orang datang meminang.”

Aku terdiam dan bertanya semula kepada Mak. Mak masih mengulang dialog yang sama. Aku cubit sedikit paha aku supaya aku tahu ni bukan mimpi dan aku sedar yang ini bukan mimpi. Aku tanyakan kepada Mak adakah Mak menerimanya dan mak mengatakan belum kerana katanya dia masih inginkan persetujuan daripada ku. Mak menjelaskan bahawa pihak sebelah sana memberikan aku waktu 2 minggu untuk memberikan jawapan dan sekali lagi, aku seperti ingin pengsan mendengarkan 2 minggu tersebut.  

Aku masih tertanya-tanya siapakah lelaki yang meminang aku. Mak kata, aku mengenalinya dan dia juga mengenali aku. Selain itu, dia merupakan salah seorang kenalan aku ketika di universiti dan katanya kami pernah bekerjasama dalam sebuah program universiti. Aku cuba mengingati kembali namun aku masih belum mengenal pasti siapakah lelaki tersebut dan terkadang aku mengatakan pada diri sendiri adakah dia merupakan bekas kekasih aku tapi tak mungkin sebab dia dah ada pengganti aku setelah sebulan kami putus. Akhirnya aku biarkan pertanyaan itu berlalu dalam fikiran.

Hari ini merupakan hari ahad dan aku singgah sebentar ke kafe berdekatan dengan rumah dan menghirup secawan kopi di sana. Sekali gus untuk menenangkan fikiran serta menghitung hari. Aku masih mempunyai waktu seminggu untuk memberikan kata putus.

Aku berbincang bersama keluarga tentang hal ini dan juga melakukan solat istikharah untuk menetapkan keputusan namun jauh disudut hati, aku masih ragu-ragu. Dalam aku menikmati kopi, tiba-tiba seseorang  menyapaku. Aku memandangnya lama dan dia memperkenalkan dirinya sebagai khairul. Aku seperti pernah mendengar nama tersebut dan dia juga mengenaliku. Rupanya dia merupakan rakan universitiku dan kami pernah bekerjasama dalam sebuah program. Setelah program tersebut hubungan kami agak akrab dan apabila aku bercinta dengan bekas kekasihku, hubungan kami menjadi renggang.

Kami berbual santai dan agak rancak sehingga Khairul menerima satu panggilan telefon. Dia terpaksa mengakhiri perbualan kami namun dia meminta nombor telefon ku agar kami mudah untuk berhubung. Aku memberinya tanpa ragu kerana menganggap dirinya sebagai teman lama dan hubungan kami menjadi akrab sejak pertemuan tersebut. Waktu pun berlalu, kini aku hanya mempunyai 2 hari sahaja lagi sebelum memberikan jawapan akhir. Aku melakukan solat istikharah setiap malam sepanjang minggu ini namun masih belum ada jawapan. Malam itu, mak menelefon aku dan aku seperti tahu benar apa kehendak mak ketika itu dan aku mengatakan bahawa aku akan memberikan jawapannya pada esok hari. Mak hanya mengatakan dia akan menerima keputusan ku dengan hati yang lapang.

Keesokkan harinya, aku telefon mak serta mengatakan persetujuanku kepada mak. Mak mengucapkan kata syukur dan mak mengatakan bahawa dia akan memberitahu pihak lelaki tentang perkara tersebut. Aku tersenyum mendengar kata-kata mak, gembiranya hati mak dan entah kenapa hati aku tenang sangat. Aku reda dengan tulisan takdir Tuhan tentang siapapun lelaki itu.  Sebulan kemudian, aku dengan si dia mengambil keputusan untuk bernikah. Sejujurnya, aku tidak pernah bersua muka dengan dirinya dan kami hanya berkenalan melalui panggilan telefon. Hanya mak sahaja yang pernah melihatnya dan aku juga mengenalinya secara dekat melalui mak.

Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Aku berasa berdebar kerana ini merupakan kali pertama aku melihat wajah si dia. Setelah urusan akad nikah selesai, dia memalingkan wajahnya dan aku terkejut apabila melihat wajah tersebut. Dia adalah Khairul yang merupakan rakan universitiku dan selama ni rupanya aku berhubung dengan dirinya tanpa aku sedar. Sejujurnya, sejak pertemuan dengan Khairul, hati aku dah terpaut dengan dirinya. Ternyata tulisan takdir Tuhan lebih indah daripada sangkaan kita. Mak hanya tersenyum memandangku.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen