Kelantan hadkan tetamu di majlis kahwin dan operasi premis perniagaan

Oleh: Zuzu Yasmine

Berikutan kes peningkatan wabak Covid-19 di negeri Kelantan, beberapa langkah telah diambil bagi mengekang penularan wabak tersebut.


Maklumkan pihak PDRM terlebih dahulu

Menerut laporan Harian Metro, Kerajaan negeri Kelantan telah melaksanakan beberapa langkah tambahan seperti menghadkan majlis perkahwinan dan lain-lain yang hanya dihadiri 150 orang pada satu-satu masa. Selain memaklumkan terlebih dahulu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum hari kejadian.

"Semua majlis keraian hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekurang-kurangnya lima hari sebelum majlis berlangsung.”


Premis perniagaan dihadkan operasi

Menerusi surat pemakluman, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad berkata, antara langkah lain termasuk operasi premis perniagaan dihadkan sehingga 11.30 malam sahaja.

"Operasi stesen minyak dan kedai runcit dihadkan sehingga 12 tengah malam, bilangan pelanggan di kedai makan maksimum empat orang sahaja bagi satu meja makan tertakluk kepada penjarakan satu meter bagi setiap pelanggan dan dua meter bagi setiap meja.

"Selain itu, semua acara sukan dan latihan membabitkan aktiviti bersentuhan tidak dibenarkan," katanya menerusi surat bertarikh 18 November.

Kata Nazran, langkah proaktif berkuatkuasa segera itu diambil bagi membendung penularan Covid-19 susulan mesyuarat khas dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Malah meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta memberi kerjasama dengan pihak polis bagi melaksanakan penguatkuasaan dan langkah berkenaan.

Sementara itu, Ahmad Yakob ketika ditemui berkata, langkah proaktif itu berkuat kuasa serta merta-mulai semalam dan semua rakyat Kelantan diminta mematuhi arahan berkenaan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen