Terharu tengok saudara baru dalami Islam, suami Lana Nordin tak kekok belajar agama

Oleh: Zuzu Yasmine

Kagum dengan saudara-saudara baru kita yang nampaknya lebih gigih mendalami Islam. Malah, kebanyakan mereka ini sememangnya menunjukkan minat yang begitu mendalam untuk kenal lebih dekat lagi akan agama Islam.

Pastinya ramai yang kenal akan pelakon Lana Nordin yang telah mendirian rumah tangga dengan pemain bola tampar dari Amerika Syarikat pada tahun 2017 lalu. 

Gigih tunjuk minat dalami Islam

Seperti yang sedia maklum, suaminya iaitu Mohd Daud McKienzie adalah salah seorang saudara baru dalam Islam. Namun begitu, dia dikatakan sentiasa menunjukkan minat dan sentiasa mengambil peluang untuk mendalami ilmu agama.

Menerusi perkongsian di Instagram Lana Nordin, baru-baru ini dilihat lelaki berkenaan telah berkesempatan memperlajari ilmu agama daripada seorang guru malah disertai bersama anak sulung, Gia yang comel bertelekung.


Sedap alunan bacaan ayat al-Quran

Berdasarkan rakaman tersebut, boleh dilihat ayah dan anak ini belajar akan asas berwuduk dan juga cara menunaikan solat dengan sempurna. Bahkan, sempat didengari bacaan ayat al-Quran dari Daud McKienzie yang boleh dikatakan sangat baik dan lancar.

Walaupun kelihatan agak kekok, namun guru tersebut tidak putus asa dalam memberi semangat kepadanya.



Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian dari para pengikutnya yang rata-rata teruja melihat kesungguhan Daud Mckienzie yang tidak segan belajar agama. Malah, warganet juga turut mendoakan mereka sekeluarga agak dipermudahkan urusan dan juga sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen