"Pak cik Itu Cinta Sejati Yang Aku Tunggu..."

Aku Ani, bukan nama sebenar. Umur aku 23 tahun. Aku ni seorang yang tak pernah mengalah dalam mencari cinta.

Bagi aku cinta sejati tu wujud!

Tak kira berapa kali aku terluka tapi itu bukan tanda aku perlu mengalah dalam mencari cinta sejati.

Kan orang kata, cinta sejati itu susah nak cari. Jadi segala kecewa dan terluka itu perkara biasa bagi aku yang begitu dahagakan cinta sejati ni.

Banyak kali aku putus cinta, banyak kali juga aku menangis dek kerana cinta palsu lelaki. Tapi aku percaya, itu semua pengalaman yang mengajarku untuk lebih berhati-hati dan lebih mengenali lelaki.

Tapi aku bukan nak kongsi tentang kecewa aku, tapi aku nak kongsi macam mana aku jumpa cinta sejati aku.

Ya! Aku sudah berkahwin dengan seorang lelaki yang 10 tahun lebih tua dari aku. Ada kisah lucu disebalik pertemuan kami.

Macam mana aku jumpa dengan suami aku? Tentu ramai yang tertanya-tanya bukan.

Semuanya bermula dengan portal mencari jodoh.

*************************************************

Aku jumpa suami aku disalah sebuah portal cari jodoh muslim. Mulanya aku nak memcuba saja. Orang kata cuba nasib.

Sama macam orang lain, aku pun bukan percaya sangat akan portal macam ini. Takut ramai yang tak serius di dalam portal sebegini.

Tapi, sangkaan ku melesat apabila aku berkenalan dengan suami aku.

Suami aku ni orang yang ke 10 yang aku berkenalan di portal tersebut. Mulanya layan nak tak nak saja, sebab dia muda bagi aku tapi usaha dan lihat dia agak matang aku tertarik dengannya.

Paling aku suka adalah perbualan pertama yang datang darinya. Kalau orang lain tentunya “hai” ataupun beri salam. Tapi tidak pada dia ini, segala pantun dan pickup line dikeluarkan untuk tarik perhatian aku.

Aku melayan, tapi tak meletakkan harapan yang tinggi.

Tapi semuanya diluar kawalan aku, perbualan dengannya begitu menyeronokan. Dia seorang yang kelakar malah dia pandai menyusun kata untuk mengambil hati aku.

Walaupun belum bertemu dengannya, tapi aku cukup selesa dengannya.

Kami tidak dapat bertemu kerana terikat dengan peraturan portal tersebut yang ingin memastikan keselamatan kami terjamin dan ingin pastikan kami benar-benar berkenalan antara satu sama lain sebelum berjumpa. Bagus portal ni, tak lah kekok sangat jumpa nanti.

Bukan aku saja, bahkan suami aku juga patuhi peraturan yang ditetapkan. Kiranya dia ni jenis tak gelojoh dan faham bahasalahkan. Malah, menurutnya kalau dah jodoh tak lari ke mana.

Ya! Aku masih di sini.

Siang dan malam aku bagaikan gila bayang disebabkan segala mesej yang dia hantar. Bahkan, hari demi hari kami juga semakin rapat serta selesa berkongsi rahsia bersama.

Meter sudah penuh, kami mengikuti proses yang ditetapkan oleh portal tersebut untuk berjumpa di luar.

Semuanya begitu mudah, malah hati aku bagai tak percaya dan nak meletup disebabkan rasa teruja tapi pada masa yang sama bimbang. Eh tapi suka sebenarnya. Susahlah nak gambarkan perasaan ketika itu.

**********************************************************

Harinya telah tiba. Aku dan dia bercadang nak berjumpa dengannya di salah sebuah restoran mewah di shah alam.

Hari itu, aku mengenakan baju merah dan bertudung krim, biar nampak berani tapi masih terserlah kelembuatan di dalam. Cewahhh...

Dia pula menyatakan untuk mengenakan pakaian serba hitam berserta jacket. Wow mesti kacak habis.

Eh, rasa takut pula. Mana tidaknya kami masih lagi tidak saling bertukar gambar. Hanya gambar pada profil di portal cari jodoh saja aku harapkan. Ini semua cadangan dari dialah, yang aku pun entah kenapa setuju macam dah hilang akal.

Aku paling takut kalau wajahnya tak sama seperti di dalam gambar. Takut lagi hodoh yang datang. Hahahahah

Biasalah manusiakan pentingkan rupa, bukan aku je.

Nah! Betul sangkaan aku. 10 minit mata aku melilau mencari sosok tubuh seperti yang aku banyangkan. Tapi tak ada! Rasanya aku dah kena game ni. Sedih rasa nak balik tapi habiskan air dulu seteguk dua.

Tiba-tiba seorang lelaki bertubuh sasa berdiri di hadapan aku.

“Hai Ani,” sapanya.

Eh kejap, siapa dia ni. Nak kata orang yang aku tunggu tapi kenapa tak serupa.

Rupanya... Dia menipu aku akan umur sebenar dan wajahnya saat muda. Cis! Tipah tertipu bang.

Katanya dia sebaya dengan aku, rupanya 10 tahun lebih tua dari aku. Patutlah matang semacam.

Tapi nasib baik yang depan mata ini lebih kacak dari yang dalam gambar. Hahahahah

*************************************************************************

Tiga bulan aku berkenalan dan dia terus segera meminangku. Katanya bimbang aku berubah hati. Tapi biasalah dia dah stabil aku pula dah jatuh sayang. Tak nak tunggu lama-lama, kami terus halalkan hubungan.

Itulah kisah aku, suami aku dan juga portal laman cari jodoh. Mulanya tak percaya, kini aku mula menyatakan bahawa jodoh itu perlukan usaha. Sama macam kau join portal itu. Perlukan usaha dan sabar.

Sekarang ni aku bahagia dengan cinta sejati aku. Malah tak lama lagi aku bakal bergelar ibu, dan suami aku paling teruja. Aku pula, takut ya amat.

Alhamdulillah, suami aku ni baik dan bertanggungjawab orangnya.

Sedikit pesanan dekat korang, jangan takut nak cuba nasib dengan portal cari jodoh ni. Walaupun agak rumit Insya-Allah berkualiti macam suami aku.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen