Fokus jaga anak sampai diri terabai, tak sangka dalam diam suami curang main kayu tiga

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai yang beranggapan apabila sudah mendirikan rumah tangga, keadaan diri semakin terurus dan juga penampilan semakin kemas. Kemungkinan itu pada suami, tetapi jika pada isteri yang lebih fokus kepada keluarga berbanding diri sendiri pula sebaliknya.


Tak ada masa untuk diri sendiri

Sentiasa mahukan yang terbaik buat keluarganya namun, tak sangka pengorbanan itu tidak dihargai malah lebih mengecewakan lagi dikhianati oleh suami sendiri. Itulah yang dilalui oleh wanita yang mahu dikenali sebagai Mutira Priza.

Dia yang berkongsi kisah hidupnya sebelum dan selepas mendirikan rumah tangga di aplikasi TikTok telah mendapat perhatian. Sebelum mendirikan rumah tangga, dia merupakan seorang gadis yang cantik, periang dan memilik tubuh badan yang menarik.



Suami curang main kayu tiga

Walau bagaimanapun, selepas mendirikan rumah tangga, dia lebih banyak fokus kepada kebajikan suami dan anaknya sehinggakan tiada masa untuk diri sendiri. Akhirnya, berat badannya semakin bertambah dan kehilangan kecantikan semasa dirinya masih single.

Lebih sedih lagi, sepanjang dia menjadi seorang isteri, rupa-rupanya suaminya berlaku curang di belakangnya. Hatinya remuk bila mengenangkan hal tersebut malah impiannya untuk memiliki keluarga bahagia hancur. Ini kerana, dia juga datang daripada sebuah keluarga yang berpecah-belah.

Bangkit demi diri sendiri dan anak

Tidak mahu terus bersedih, dia kini bangkit meneruskan hidupnya walaupun tanpa suami di sisi. Malah dia perlu terus kuat dan bahagia demi membesarkan anaknya itu.

Dia yang berterima kasih atas masa lalu yang telah merubah dirinya sekarang ini malah bersyukur perniagaan yang dijalankan juga semakin menguntungkan berkat rezeki anaknya.



Menjengah ke runangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat untuk wanita ini agar terus kuat berjuang dalam hidupnya. Malah, ada juga kagum dengan perubahan yang sangat berbeza telah dilakukan oleh wanita ini.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen