Kalau Tahu Macam Ni, Menyesal Aku Tak Kahwin Awal

Hai, nama aku Mira. Umur aku 32 tahun. Aku merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik beradik. Kakak-kakak aku semua dah mendirikan rumah tangga, tinggal aku saja yang masih belum temui pasangan hidup.

Kali terakhir aku bercinta pada 7 tahun lepas, itupun masa zaman belajar lagi. Masa tu kan masing-masing nak ada kekasih hati, aku pun sama lah juga.

Nak dijadikan cerita, jodoh aku dengan kekasih hati aku tak kesampaian bila mana dia kantoi curang di belakang ku dengan junior yang tak seberapa nak lawa. Eh, memang aku lagi lawa pun!

Lepas dari kejadian itu, aku terus tak bercinta dengan alasan tak percayakan lelaki.

Tapi bila umur aku sudah mencecah alam 30an ni, mak aku mula bising suruh kahwin. Malah, mak aku cuba kenalkan aku dengan ramai lelaki tapi semuanya aku tolak kerana tak percayakan lelaki. Macam-macam alasan aku bagi.

Itu tak kena, ini tak kena. Anti lelaki betul aku masa tu.

Tapi bukan itu aku nak cerita, aku nak berkongsi saat pertemuan aku dan juga suami aku.

****************************************************************************

Aku dan suami aku adalah rakan sepejabat tetapi lain-lain department. Macam biasa, aku dikenali sebagai seorang yang garang dan juga seorang anti lelaki disebabkan kekecewaan lalu. Jadinya bila bercakap dengan lelaki pun atas urusan penting sajalah. Itupun dengan nada singa kelaparan, bukan main garang.

Sama juga dengan layanan aku terhadap seorang lelaki ni. Setiap kali bercakap dengannya dia mesti akan bertanya;

“Awak ni kenapa garang sangat ya?”

Dah memang aku garang nak buat macam mana. Tapi suami aku ni jenis suka mengusik aku, setiap usikan dia pasti buat aku makin nak marah, aku kan singa.

Tapi, semuanya mula berubah bila tiba-tiba dia mula tidak mengusik aku atau bertegur sapa dengan aku, sampaikan aku tertanya-tanya. “ Salah cakap ke aku hari tu?”. Tapi aku tahu dia bukan jenis mudah ambil hati.

Seminggu juga dia bawa diri. Aku pula, rindukan usikan darinya.

Rasa dah terlalu lama dia berdiam, aku pun dengan berani sengaja tanya;

“Sibuk ke sekarang? Dah lama tak naik ke department aku?” kataku.

Dengan reaksi bersahaja, dia hanya membalas sepatah saja dari katak-kataku tadi. Nak marah juga tapi itulah dulu bukan main bergaduh sakan dengan dia. Sekarang ni aku pula yang rindu dengannya.

Seminggu berlalu, aku yang tak ada mood nak buat kerja ni mula curi tulang dengan scroll Instagram aku. Tiba-tiba teringat yang si dia pernah request untuk follow aku, dengan pantas aku approve. Hahahhaha

Tiba-tiba satu pesanan muncul yang buat aku terkedu.

“Baru nak approve ke?, kau ada bf tak?” soalnya.

Berdebar bila dapat soalan macam ni. Mana taknya bukan hari tu dia baru buat kau macam halimunan ke.

Aku pun membalas,

“Kenapa tanya sini? Kenapa tak depan-depan,” soalku.

Ceh macamlah berani, kalau dapat soalan ni depan-depan boleh pitam cik singa ni.

Lalu dia membalas dengan pantas;

“Malu nak tanya depan-depan, takut kena reject. Dah ada bf ke belum” katanya.

“BELUM,” kataku.

Satu soalan yang sangat aku tak duga datang dari dia. Bagaikan mimpi aku realiti, eh entahlah.

“Kahwin dengan aku nak?” soalnya.

Ya Allah, masa ini kau boleh bayangkan tak soalan macam ni keluar dari seseorang yang betul-betul kau tak sangka. Dia yang aku kenal agak pemalu macam mana boleh terlintas soalan macam ni.

Dalam tak tahu nak kata apa, aku berseloroh saja.

“Pergilah jumpa mak ayah dulu, dia orang on aku okay je..” luahku.

Seperti ku duga, pinangan dari pihaknya disambut baik oleh orang tuaku. Aku pula? Entahla. Terima saja keputusan orang tua, nak kata tak suka pun tak, suka pun tak. Baik bagi mereka, baik juga bagiku.

Salah satu sebab aku tak menolak pun kerana telingaku macam nak bernanah dengar leteran ibuku. Jadi nak mengelak, ini saja caranya.

Apa yang terjadi selepas itu, aku serahkan semuanya kepada Allah.

******************************************************************

Sememangnya jodoh kami, dalam tempoh 3 bulan semuanya dipermudahkan urusan dan kami sudahpun bergelar sebagai suami isteri. Macam mimpi cerita dia.

Kami sememangnya merancang ingin bercinta selepas nikah, lebih senang nak hadam perangai pasangan.

Diam tak diam, sudah setahun kami mendirikan rumah tangga, semuanya begitu indah malah begitu cepat masa berlalu.

Suami aku yang aku kenali, sangat berbeza dengan yang aku kenal dulu. Dia seorang yang begitu bertanggungjawab, penyabar dan rupanya kuat berleter seperti mak ku. Sabar jelah. Malah dia juga seorang yang pentingkan kesempurnaan tapi nasib baik dia terima kekurangan diriku, ayatnya yang memujuk ku bila kami bergaduh kerana lupa basuh cawan di sinki selepas guna buat aku tersenyum lebar.

“Biarlah cawan menimbun di sinki tu, nanti abang basuh yang penting sayang selalu lengkapkan hidup abang...”

Wow mana nak cari suami macam ni!

Kalau tahu bahagia macam ni bila dah kahwin, dari dulu lagi aku kahwin. Tapi itulah jual mahal sangat.

Sekian kisah dari aku. Buat korang yang tengah kecewa atau tengah jual mahal, jangan lama-lama sangat okay.

Percayalah seseorang yang tepat akan membuka pintu hati orang yang keras membeku tu.

Akhir kata, seronok wey kahwin!

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen