Cekap dengan inisiatif sendiri, anggota polis dipuji bantu OKU mudahkan buat laporan

Oleh: Zuzu Yasmine

Seperti yang semua tahu, polis akan sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Malah, setiap tindakan polis akan menjadi ikutan dan contoh buat semua lapisan masyarakat.


Patut dipuji tindakan seorang anggota polis wanita dikatakan cekap dalam menghulurkan bantuan pada orang kelainan upaya (OKU) ketika membuat laporan telah tular baru-baru ini.

Menerusi Facebook Polis Diraja Malaysia, yang telah berkongsi video anggotanya, Lans Koperal Nabilah Mohd Tusof dari Balai Polis Alor Setar, Ibu Pejabat Daerah Kota Setar, Kedah yang dikatakan telah menghubungi Jurubahasa Isyarat dari Persatuan Orang Pekak Kedah (POPKDA), melalui panggilan video bagi menterjemah bahasa isyarat pengadu untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.


Dapat dilihat melalui rakaman yang dikongsikan itu, anggota wanita tersebut memegang telefon pintarnya bagi memudahkan pengadu dan jurubahasa saling berkomunikasi sementara dia merekodkan segala maklumat.

Tindakannya itu telah mendapat perhatian ramai malah telah meninggalkan pelbagai komen yang positif di laman Facebook berkenaan. Rata-rata mereka juga memuji tindakan anggota polis wanita itu kerana cekap dalam bertindak mencari inisiatif lain walaupun tidak mempunyai kepakaran dalam perkara tersebut.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen