Amar Baharin musykil tiba-tiba 'unfollow' Amyra Rosli di Instagram

Oleh: Zuzu Yasmine

Mana-mana suami isteri tentunya akan saling ‘follow’ media sosial pasangan mereka. Mana tidaknya, mudah nak lihat pasangan saling komen dengan siapa ataupun itu memang lumrah buat mereka yang ada pasangan.


Tapi lain pula dengan pasangan selebriti ini. Baru-baru ini, Amar Baharin menyatakan kebingungan apabila dia mendapati dia tak lagi mengikuti Instagram milik isterinya.

“Sekarang ini aku musykil... ..macam mana aku boleh tak follow isteri aku sendiri?

“Sedangkan selama ini aku follow je dia pergi mana-mana,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam hantaran tersebut Amar turut berkongsi paparan tangkap layar akaun Instagram isterinya yang tanpa sengaja tidak diikutinya.

“Kalau anda hebat, cuba senaraikan beberapa perkara yang menyebabkan kita ter’unfollow’ mungkin dapat membantu saya menyelesaikan masalah ini,” ujarnya.

Perkongsian Amar itu bukan saja mendapat reaksi peminatnya tetapi juga isterinya yang turut mempersoalkan perkara tersebut.

“Hmmm Amyra Rosli mana yang daddy follow selama ini? Mengaku cepat!,” tulis Amyra di ruangan komen.

Komen Amyra itu telah mendapat perhatian Netizen yang rata-rata mula menyakat Amar. Namun, pada masa yang sama ada juga yang mengakui pernah berdepan situasi sama yang menyifatkan mungkin terdapat gangguan pada sistem media sosial tersebut.


Amar mendirikan rumah tangga dengan Amyra pada 2016. Hasil perkongsian hidup pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata Aqeef Anaqi, 2 dan Ayra Aryssa berusia sembilan bulan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen