Dapat 'surprise' ulang tahun dari isteri, gelagat Tok Ram kalut tiup lilin jadi perhatian

Oleh: Zuzu Yasmine

Sering dikenali sebagai seorang yang tegas dan juga garang, siapa yang tidak kenal dengan juri kesayangan ramai ini. Tok Ram atau Datuk Ramli M.S sememangnya menjadi perhatian apabila dirinya menjadi juri dalam Gegar Vaganza.


Datin Alyah datang bawa kek

Menerusi laman Instagram milik isterinya Datin Alyah, baru-baru ini ulang tahun kelahiran Tok Ram. Malah, Datin Alyah telah membuat satu kejutan sempena ulang tahun kelahiran suaminya yang ke 61 tahun.

Cepat-cepat dia tiup lilin

Dalam rakaman tersebut, dapat dilihat wajah Tok Ram yang langsung tidak terkejut. Malah, saat tetamu sedang sibuk menyanyikan lagu birthday buatnya, tiba-tiba pemuzik terkenal itu dengan segera meniup lilin sehingga padam lalu ketawa.


Tindakan Tok Ram itu telah membuatkan anak saudaranya Aqil, yang teruja mulanya tiba-tiba merajuk.


Siapa kata Tok Ram tak kisah?

Walaupun dilihat seperti tidak kisah mulanya, namun beliau telah memuat naik sebuah video kejutan tersebut di laman Instagram miliknya sendiri. Malah, dirinya juga turut mendoakan yang terbaik baut semua individu yang terlibat.



Mendapat perhatian pengikutnya, tindakan Tok Ram itu dilihat kelakar dan ramai yang terhibur. Bahkan ada juga yang berseloroh menyatakan bahawa Tok Ram ini tak romantik sama macam dilihat di kaca televisyen.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen