Tony Fernandes jadi penghantar makanan demi pulihkan ekonomi ketika pandemik

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam keadaan sekarang ini, hampir semua orang terjejas dalam pendapatan bulanan mereka. Tidak ketinggalan Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yang selalu dikait rapat dengan bidang penerbangan.

Namun, kini beliau dikatakan sudah beralih arah ke dalam bidang penghantaran makanan pula.


Menerusi Instagram milik beliau, dapat dilihat beliau berkongsi pengalaman menjadi salah seorang penghantar makanan bagi perkhidmatan baharu airasiafood.

"Bersedia membuat penghantaran ke rumah anda. Sila lawati @airasiafood," tulisnya ringkas.

Sama seperti penghantar makanan lain, beliau juga turut menggunakan motosikal serta lengkap dengan kotak simpanan makanan ketika menghantar pesanan pelanggan.

Menurut laporan Berita Harian, airasia food adalah platform dalam talian penghantaran makanan baharu yang menyokong perniagaan dan francais tempatan dalam tempoh sukar ini.

Jelas beliau, AirAsia kini sedang bergelut untuk meneruskan kelangsungan berikutan sekatan pergerakan global berikutan penularan COVID-19. Kini, AirAsia menumpukan usaha mempelbagaikan sumber pendapatan menerusi perniagaan bukan penerbangan lain bagi menyokong operasi kumpulan.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen